Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM

Solo ride himalaya Azman Ali siri 22

Siri 22 soloride Himalaya
(Berjumpa guru)

Setelah moto rakan bikers dari Bombay itu berjaya dibaiki akupun mohon beredar. Tak sampai 1km perjalanan  aku berhenti lagi untuk melihat lokasi filem BB yang berjaya meruntun ramai jiwa penonton untuk datang kesini.

Ya disinilah terletaknya Thajiwas glasier yang popular di khasmir ni,tapi waktu sekarang  tak ada snow. Patutlah salman khan pilih tempat  ini sebagai lokasi.. memang superb view lembah kat sini. Waktu sekarang yang aku nampak kawasan tanah lapang ini dijadikan tempat parking bas dan camsite. Kalaulah nazirukuk boleh camping kat sini memang pecah pala..haloo geng hampa mau dak aku buat trip mai camping sini?

Disini juga terdapat banyak hotel dan guests house dan kebanyakannya pengunjung akan datang pada musim sejuk untuk melihat glasier dari dekat samada berjalan atau naik kuda. Memang banyak kuda kat pekan ni so boleh la nak ronda2 kalau stay sini sehari dua. Park.

Selesai bergambar aku teruskan perjalanan, dikiri kanan jalan boleh nampak kebun-kebun orang kampung di seberang sungai. Serius tengok lah belah mana pun semuanya cantik rasa macam nak masuk tidur dalam kampung depa. Akhirnya aku nak cuba juga masuk sebab baki perjalanan tinggal lagi lebih kurang 50km jadi masih ada masa.

Pusing sana sini jumpa port best. Aku pilih untuk melepak disebuah jambatan yang menghubungkan kampung dan jalan utama. Ngam viewnya. Boleh tengok aktiviti orang kampung. Bagi yang menonton filem BB tu kalau hampa perasan ada bas mini masa salman nak hantar budak tu jumpa emak dia. Haa.. bas mini tu memang masuk kampung.. ngam2 saja dengan jambatan besi tu.

Tiba-tiba ada sebuah kereta suzuki alto berhenti, keluar dua orang lelaki senyum pada aku. Mereka tahu aku orang luar. Mula-mula tak tegur hanya mereka perhati kelaku aku mengambil gambar sana sini. Last aku yang tegur tanya " it's  your village? " no, just picnic here balas mereka. Memang yang ni port mereka lepak lepas balik kerja. Kedua- dua merka adalah guru. Aku keluarkan surya agar lebih rancak berborak. So aku tanyalah macamana penduduk sini (Kashmir ). Dia pun ceritalah sini susah nak cari makan dan bla bla#&^&. Sebolehnya kami nak buat negara kami sendiri.. ini hak kami... semua ceritanya  berkisar tentang tak puas hati... ada juga mereka bersuara nak datang malaysia cari makan sini dan mereka tahu sini lubuk duit. Kalau orang kita masih malas tak tahu la nak kata apa lagi, tempat cantik macam tu depa sanggup tinggal semata2 nak datang malaysia cari duit. Setelah bertukar alamat dan no phone aku pun mohon beredar.

Bersambung
Siri 23 (bermalam di rumah bot )

Solo ride himalaya Azman Ali siri 21

Siri 21 soloride Himalaya
(Lokasi filem hindustan )

Lembah Kashmir yang indah ini kini terbahagi kepada 3 negara.  India mentadbir Jammu dan kashmir termasuk Ladakh. Pakistan mentadbir Gilgit Batustan dan wilayah azad kashmir dan China mentadbir Aksai Chin dan trans karakoram. Sementara lauan zojila pass ini pernah digunakan tentera mongol pada abad ke14 untuk menyerang kashmir sehingga menyebabkan  berakhirnya pemerintahan hindu di daerah ini. Zojila ini terletak  dilaluan utama bagi jalan highway india (1D) iaitu dari Srinagar ke Leh dan berketinggian 11,575 kaki dari paras laut. Sebenarnya kawasan- kawasan gunung ni tak perlu sebut pass sebab perkataan La tu sudah bermaksud pass atau melepasi macam Khardung la dan talang la .

Berbalik kepada riding tadi, aku menyambung kembali perjalanan menghala ke Sonamarg, tempat yang dikatakan lokasi filem Bajrangi Barjaan dilakonkan dan kerana pinjam cd filem ni kat pijan lah aku boleh jatuh hati nak riding sini.  Sebelum sampai aku terserempak dengan penduduk sedang memburu kuda liar. Agak exited aku ketika itu sehingga aku berhenti tunggu tengok apa yang jadi. Mereka memgumpan kuda peliharaan untuk tarik perhatian kuda liar melalui jambatan yang sempit dan disitu baru depa buat style cowboy baling tali pada tengkok kuda... Best..

Sesampainya di sonamarg keadaan mukabumi dah berubah dah banyak pokok seakan manali dan pokok pain paling banyak, rasa ada pokok lain tapi dah yang tu saja aku kenal. Ketika ini minyak enjin dan rantai motor aku sudah hampir kering jadi biarlah enjin sejuk dulu sementara aku pula boleh ronda-ronda ushar apa yang patut. Tiba-tiba datang 2 orang biker's india dari bombay seorang bawa himalayan 400 sorang lagi bawa bullet 500 classic. Nampak mereka macam ada masalah.

Sambil pekena surya aku menghampiri mereka dan bertanya khabar. "Moto tak ada api bro". Mamat tu pun cerita lah itu ini tentang teknikal mungkin dia ingat aku tak tau bab motor.. aku layankan je. Biarlah mereka buat dulu tak mau nak tunjuk pandai dan memang tak pandai mana pun. Setelah 20 minit tercungap- cungap start tak hidup barulah aku offer nak tolong. Model klasik ni memang tak ada electric start.. rasanya mereka pun hampir putus asa bila aku offer ..haa tengok lah. Dan cara dia suruh pun dia tak yakin aku tau pasal motor. 1st aku buang  plug dan suruh dia start then bila start tak ada api juga. Kedua aku buang socket plug start ada api. Sah socket tu rosak. Kebetulan ada kedai pomen kat situ pergi tanya tapi tak ada part. Aku kata mai aku buat, jadi aku sambung terus dan balut tape bila start hidup.. dia punya happy kemain. Tak berapa kali say thank you tak tau lah. Alhamdulillah aku happy sebab dapat tolong orang.. kiranya dosa aku tak berhenti tolong gembala kambing 3 hari lepas terbalas.

Mereka berdua ni jurutera komputer di Bombay.. aku bagitaulah aku nak beli minyak enjin tapi tak tau apa yang sesuai. Dia cakap tak payah biar dia saja yang beli. Siap offer wifi hp dia untuk aku berhubung dengan mem di rumah. Macam aku cerita sebelum ini hanya rakyat mereka sahaja yang dibenarkan guna internet di daerah sempadan ini. Apa lagi aku siap video call lagi dengan mem kat Malaysia .

Bersambung ...
Siri 22 (bertemu 2 orang cikgu)

Solo ride himalaya Azman Ali siri 20

Siri 20 soloride Himalaya
(Zojila pass )

Ketika berborak dengan tokey restoren  tu aku tanya lah juga ada tak masjid atau surau yang memerlukan bantuan jadi dia cerita ada depa dok penaik surau sebiji area kampung dia dekat-dekat situ. Kebetulan ada bajet lebih sikit jadi aku sumbanglah sikit saham akhirat aku kat situ.

Rasa aku kedai dia top la kat area tu sebab sepanjang aku lepak tak putus-putus orang datang beli roti. Tapi yang bestnya depa tak ada beg plastik atau balut paper macam kita. Just pegang macam tu saja😃.. siap letak atas meja macam tu ja masa bayar duit,ishh tak kotor ka.?%&. Teringat aku masa kerja di Paris dulu. .roti france yang panjang depa tu main selit celah kitiak masa atas tren sambil baca paper..pastu ngap dan sambung baca paper...ishh agak janggal bagi orang kampung macam aku ni.

Sebelum blah aku sempat bersalaman dengan dia dan inspector sahab yang masih buat roadblock kat situ.  Aku kata tahun depan aku datang lagi bawa bini aku InshaAllah, dia membalas dengan senyuman dan thumbup. Masuk gear dan bye2 Drass. Lembah Drass ini juga dikenali sebagai "The gateway of Ladakh ". Berketinggian 10,990 kaki dan ia menjadi pintu gerbang pada pecinta bumi Ladakh.

Seterusnya aku memasuki laluan offroad menghala zojila pass, kawasan ini dikatakan antara jalan paling bahaya di dunia.. amboii semua main donia2 saja. Kalau google ia dalam 10 list most dangerous route in the world. Sini tengah-tengah gunung pun jalan jem sebabnya sesetengah tempat cuma ada satu lorong sahaja maka salah satu arah kena beratur. Kebanyakan kenderaan yang beratur adalah lori sebab depa ada buat jalan khas untuk lori. Bila aku berhenti dan perhati betul-betul baru aku faham, laluan kenderaan berat ini tidak terlalu curam tapi jauh sikit la. Disini tak ada pokok yang lindung jadi kalau kita berhenti tepi gunung kita boleh tengok dari jauh pergerakan kenderaan dan kat mana yang jem.

Nak berhenti cas sebatang lighter pulak hilang jadi aku cari kat mana ada orang berhenti . Kebetulan  aku nampak ada 3 orang bikers berehat yang  kesemuanya bawa honda cg aku pun berhenti buat buat tanya padahal nak pinjam lighter. Mereka pandang aku semacam masa aku tegur, nampak depa tak selesa.. eh apasal depa ni. Are you from malaysia? Yes how do you know. . Your flag.  Sembang pi sembang mai rupanya depa orang Israel. .patutlah. Depa macam pelik tengok aku baik sangat.. haa tu la tengok sangat berita dok bohong  hampa pasai orang malaysia. Aku ok ja.. depa bayang orang kita jumpa yahudi patut bunuh rasanya 😃.

Lama kelamaan makin rancak menyembang kiranya surya 2 batang gak la kat situ. Sebelum beredar aku berselfie dulu tanda kenangan dan aku kata mai la bejalan di malaysia pulak. Sorry we are not allowed to enter malaysia. Takpalah aku wakil bagi malaysia kalau hang nak tau macam ni lah orang malaysia. .tarak sombong punya kbye. Tak jauh jalan nak terkencing pulak yalah kan sejuk.. cari port baik punya untuk laksanakan hajat tiba-tiba ada pula geng nak tumpang sekaki..hmm. Setelah menyapa baru tahu dia dari tamil nadu, mereka couple rider kedua duanya bawa Bajaj 200 tapi yang sorang lagi masih dibelakang. Dah alang-alang menunggu aku minta tolong dia ambil gambar dari jauh.. takut juga dia pelari henpon aku, tapi naluri aku selalu tepat dia orang baik baik saja.

Melalui jalan offroad ni memang berdebu sangat hinggakan dinding ais yang masih belum cair pun dah tak ada warna ais. Saiznya sangat besar dan masih bertahan walaupun musim panas . Akhirnya aku bertemu post enterance zojila pass. Inspector sahab kat situ tak puas hati ke tak faham tak tahulah permit dah tunjuk tapi masih tak cukup Last bila aku tunjuk surat kebenaran yang dibuat di Delhi baru dia lepas. Lupa aku nak cerita sebenarnya aku ada buat surat pelepasan yang ditandatangan oleh pegawai kerajaan yang menyatakan butir butir aku semasa riding di India ni. Surat tu berharga 1000 rupee, kalau hampa pi dengan guide rasa tak perlu. Surat ni pun incase kalau ada apa2 yang mencurigakan baru tunjuk.

Selepas post kawalan tu ada kawasan riadah untuk bermain salji. Disini tinggalan aisnya masih banyak dan tinggi rasa aku saiznya lebih sikit dari lata Iskandar Cameron siap ada gua ais yang muat bas dalam tu. Kena hati-hati kat sini ada saja yang nak pow nanti, untuk naik papan luncur bodoh tu anda akan dikenakan cas lebih kurang rm90 duit kita, so aku tawar sampai rm50. Dah tak pernah rasa cuba juga lah, lagipun mereka tu semua orang islam. Semasa lepak dengan mereka, tak habis2 mereka pujuk suruh beli itu ini.. suruh ambil gambar rm40 guna dslr.. aku tak layan semua tu..kesian memang kesian tapi aku kena jaga bajet aku sebab masih jauh perjalanan.

Bersambung
Siri 21
( lokasi filem salman khan)

Solo ride himalaya Azman Ali siri 19

Siri 19 soloride Himalaya
(Daerah ke2 paling sejuk didunia)

Sebelum beredar dari pekan Kargil (Kashmir )elok juga aku cerita sikit daerah dimana bermulanya perang India/Pakistan ini. Kargil adalah bandar kedua terbesar selepas Leh di Negeri Ladakh ini. Menurut bancian pada tahun 2001 penduduknya berjumlah 9,944 orang dimana 61% daripadanya adalah lelaki. Bahasa rasmi disini ialah Hindi.

Pada tahun 1999 sekitar Mei hingga  Julai di daerah ini telah tercetus perang antara India dan Pakistan dan telah mengorbankan lebih 1000 orang bagi kedua dua buah negara. Puncanya dikatakan militan Kashmir dan tentera Pakistan menyusup masuk kawasan india dan merampas puncak penting di Kargil.   Walaubagaimanapun India tidak pernah menggunakan istilah perang bagi konflik ini. Apa sekalipun bagi aku yang jadi mangsa ialah penduduk kashmir. Ibarat dua kumpulan gengster bergaduh di restoren yang jadi mangsa tokey restoren habih bangku meja lingkup.

Boleh dilihat sepanjang jalan sekitar Himacal Pradesh dan ladakh ini penuh dengan kem tentera dan banyak signboard "army india for you" dan pelbagai slogan lagi. Aku rasa depa nak tunjuk pada dunia luar yang askar depa baik dengan rakyat walau hakikatnya penduduk kashmir tak suka. Menurut cerita lisan dari sahabat aku yakni dari pakistan dan India, setiap tahun ratusan tentera mati kerana kesejukan walau hakikatnya  perang telah tamat. Mereka dipaksa standby dipuncak gunung dimana suhunya dibawah paras beku . Tempat inilah yang dikatakan medan perang paling tinggi didunia.

Setelah beberapa jam perjalanan di lereng lereng gunung ini aku sampai di daerah Dras. Terasa dahaga dan lapar aku berhenti di depan balai polis Sebab banyak kedai area situ lagipun ada roadblock alang-alang dah berhenti baik berhenti terus makan. Di pekan koboi ni banyak guest house  dan aku rasa ia lebih murah berbanding Kargil. .next time aku tidoq sini.

Tokey restoren yang fasih berbahasa inggeris itu menegur aku are you from malaysia.. aku balas how you know dia tunjuk bendera kat handle motor. Maknanya mereka memang kenal negara kita. Kiranya port best untuk aku singgah nanti sebab boleh tanya macam macam. Aku pun oder capati dengan kari ayam.. sedap kemain,  sambil tu aku tengok kelaku inspector sahab buat roadblock. Habis diselongkar motor dan kereta penduduk, tapi tak serius pun sambil gelak gelak je.

Sambil borak borak tu aku tanyalah tentang daerah Dras ni. Dia pun mula bercerita sambil tangannya menguli roti. Menurutnya bila musim sejuk suhu sini turun hingga -30°c( 2nd lowest temperature in the world ) , yang sanggup tinggal hanya penduduk tempatan sahaja . Gunung belakang kedai dia pula nama tiger mountain  disitulah tempat yang menjadi rebutan dan bermulanya perang india pakistan. Panjang ceritanya ...

Bersambung. .
Siri 20 (zojila pass )

Solo ride himalaya Azman Ali siri 18

Siri 18 soloride Himalaya
(Dikecam nitizen)

Aku bergerak meninggalkan pekan Leh dengan seribu kenangan dan yang pasti aku akan datang lagi InshaAllah. Cuaca agak panas tapi masih mampu pakai jaket tapi cuma 2 layer sahaja hanya tshirt dan jaket (baju kotak-kotak tu sebenarnya ialah jaket)

Macam biasa anda akan melalui kawasan tentera dan Leh airport , sebenarnya aku nak singgah satu muzium tentera tapi terlajak pula. Malas nak patah balik takut lewat aku teruskan saja perjalanan. Sepanjang jalan pemandangan hanyalah dataran kering tiada sebatang pokok pun kecuali berdekatan sungai atau kampung.

Highway Leh - Srinagar ni jauh lebih baik berbanding highway  Manali - Leh rasanya nak bawa superbike pun tak ada masalah. Maka tidak hairanlah lori-lori dari pekan besar lain menggunakan laluan ini. Ini musim panas kalau musim sejuk keseluruhan diselaputi saji dan jika anda rajin google berita hari ni pun cerita tentang highway ini ditutup 5 hari kerana salji tebal.

Lebih kurang 30km perjalanan anda akan jumpa magic hill tapi bagi aku kalau anda tak singgah pun tak rugi, rasanya di Maesot lebih magic berbanding sini. Tak nampak sangat tarikan magnet berbanding Maesot tapi kalau setakat nak bergambar tu boleh la. Aku berhenti pun pun just nak ambil gambar sahaja. Banyak juga tempat aku berhenti untuk bergambar sama macam aku tulis sebelum ini setiap kawasan view berbeza, sehinggalah terasa dahaga aku pun singgah disebuah kedai ibarat RNR bagi mereka. Keadaannya amatlah daif, macam pondok orang jual goreng pisang sahaja tapi barang runcitnya full. Terfikir aku macamana la dia ni boleh buat pondok tengah-tengah gurun dengan sebatang pokok pun tak ada. Tapi customers ramai dan kebanyakannya ialah driver lori, sempat juga aku bersembang kosong dengan tauke kedai dan driver2 lori kat situ biasala kan aku ni terlebih ramah😃.

Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Haniskot. Bermula dari sini rata-rata orang muslim dan sepanjang jalan ada saja masjid  dan kebanyakannya cantik. Mungkin ada sumbangan agaknya . Hati-hati kawan-kawan semua ketika anda menunggang tiba-tiba akan ada budak-budak muslim yang akan block jalan meminta anda membeli air teh yang jualan mereka. Cantik-cantik anak-anak kashmir ni, aku pun berhenti tapi tak beli cuma sedekah duit sahaja..kesian sungguh betapa susahnya mereka nak cari income disini. Kiranya dari sini hinggalah Srinagar semua kawasan muslim anda boleh lihat sepanjang jalan budak-budak balik mengaji tapi mereka ni sangat malu bila aku pegang ja gopro atas helmet depa dah tutup muka beza dengan budak-budak Jammu.

Agak jauh juga perjalanan harini ini sekitar 217 dan memakan masa agak lama sebab aku banyak berhenti dan mutu ni pun bukan laju mana harap cc saja besaq. Apabila menjelang senja aku sampai juga pekan Kargil yang penduduknya hampir kesemuanya orang muslim. Menurut seorang sahabat ini kawasan shiah tapi aku tak nampak apa-apa beza pun. Sebelum masuk pekan anda akan melintasi sungai yang cantik dan agak deras airnya.

Mudah untuk dapatkan hotel, aku memilih untuk tinggal di lorong hospital Kargil dan harga pula dalam rm 40 macam tu. Ok la wifi semua ada. Tapi area sini dah mula sejuk semula sekitar 10°c macam tu.

Macam biasa bila masuk bilik duduk atas katil belek phone dulu. Ya lah kan seharian lost contact dengan dunia luar. Bila on fb baru perasan post aku dah di share oleh  siakap keli pula. Punyala ramai komen itu ini dan ramai juga yang kecam dan mendokan aku eksiden mati kot jalan😃.

Apalah dosa aku kat hampa.. Kadang-kadang hairan dengan manusia ni kita tak kata apa pun kat dia malah kenal pun tidak tau- tau nak maki. Nasib geng rukuk ramai backup aku boleh la tumpang gelak. Dipekan kargil ni  penduduk agak ramai walau pekan tak besar mana pun. Banyak sekali kedai-kedai handphone dan wifi,dan disini sangat mudah dapatkan makanan halal. Malam ni aku makan briani ayam direstoren hotel . Depa hantar briani dekat setalam kat aku. Haaa hambik kau kan dah banyak hari tak jumpa nasi.. ha makan makan..😃

Bersambung

Siri 19 ( zojila pass)

Solo ride himalaya Azman Ali siri 17

Siri 17 soloride Himalaya
(Malam ke2 di Leh)

Alhamdulillah apabila menghampiri pekan Leh cuaca semakin baik malah  suhunya hampir sama di Malaysia. Banyak view poin yang boleh kita berhenti untuk melihat keseluruhan pekan Leh. Ada 2 3 tempat aku berhenti untuk bergambar dan merakamkan nama2 sahabat aku agar mereka juga bersemangat untuk datang nanti. Sesampai di hotel aku rasa macam nak tukar hotel lain,kononya nak yang lebih baik padahal lebih teruk. Internet paling aku benci yang lain-lain boleh la. View dari tingkap bilik ialah pusat menyewa motor beserta guide memang tak putus rezeki depa ada ja orang datang. Tinggal disini seolah-olah kembali ke zaman 50an. Semua bunyi engine stroke panjang.. cepoih cepoih cepoih..

Senja tu aku ronda-ronda sekitar pekan yang yang sama dengan semalam, tujuan nak cari internet yang lebih baik. Wifi di kedai internet area sini amatlah lembab rasanya hotel malam semalam lebih baik. Jadi time tu aku upload gambar aku berbaju melayu dengan bendera penang. Bendera malaysia yang besar aku tertinggal kat hotel yang kecil tu memang sentiasa pasang kat handle motor.

Masa balik tu aku singgah kedai tshirt muslim Bangladesh. Yang bestnya dia boleh jahit nama kita secara manual atau apa yang kita suka, jadi aku tempah juga la sehelai. Bila on hp malam tu aku tengok post aku dah dishare dalam penang kini ramai juga yang memuji tak kurang yang perli. Biasalah manusia

Pagi esoknya aku berbelah bagi samada nak ke pagong lake atau hala balik ke Kargil. Di hotel tu memang tak ada sarapan jadi aku pergi semula hotel kemarin untuk sarapan padahal nak main internet sama sebab situ laju. Untuk kita orang luar sim kad kita internetnya hanya sampai manali saja lepas tu takda lagi.  Patut rakan Delhi tak bagi aku beli sim kad dia suruh pakai kad dia.

Semasa bersarapan aku berkenalan dengan seorang bikers dari Bombay. Panjang ceritanya dalam buku nanti aku tulis. Dia ajak aku ke ofis leh district untuk apply permit sambil tu aku boleh test Royal Enfield Himalayan depa.. sempoi juga cuma lembab sikit dari honda xr aku. Bila dah sampai kerani situ tanya aku you guna guide dari syarikat mana? haa sudah. Aku cakap la aku nak pergi solo dia jawap tak boleh. Tapi ada caranya kalau nak solo juga bayarannya mau dekat rm2 3 ratus. Hmm makan modai. Takpa lah lain tahun aku pasti datang sebab banyak laluan aku terpaksa skip kerana makan masa.

Bila balik hotel group mereka dah pun bersiap nak berangkat sedangkan aku masih lagi nak melepak di restoren hotel. Selesai bergambar dan bertukar email dan no phone mereka pun bertolak. Aku pula rasa macam nak naik sekali lagi dan bergambar dengan bendera Malaysia tapi rasa malas pula sebab semalam dah 3 kali lalu.

Ketika aku ralit melayan tenet tokey hotel tu datang menyapa dan kami rancak berbual. Dia pun ceritalah keadaan bisnes kat sini dan macamana income bila musim sejuk dan macam2 lagi. Dia berbangsa tibet fasih berbahasa inggeris malah bapa dia yang dah berusia 70an juga fasih berbahasa  inggeris. Sebelum berangkat dia oder jam casio sama macam aku pakai " takpa bila hang mai nanti hang bawa berapa harga tak kisah" katanya.
Akhirnya pukul 1030 baru aku gerak hala ke kargil.

Bersambung. .
Siri 18 (Dicemuh nitizen)