Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 18

Solo ride himalaya Azman Ali siri 18

Siri 18 soloride Himalaya
(Dikecam nitizen)

Aku bergerak meninggalkan pekan Leh dengan seribu kenangan dan yang pasti aku akan datang lagi InshaAllah. Cuaca agak panas tapi masih mampu pakai jaket tapi cuma 2 layer sahaja hanya tshirt dan jaket (baju kotak-kotak tu sebenarnya ialah jaket)

Macam biasa anda akan melalui kawasan tentera dan Leh airport , sebenarnya aku nak singgah satu muzium tentera tapi terlajak pula. Malas nak patah balik takut lewat aku teruskan saja perjalanan. Sepanjang jalan pemandangan hanyalah dataran kering tiada sebatang pokok pun kecuali berdekatan sungai atau kampung.

Highway Leh - Srinagar ni jauh lebih baik berbanding highway  Manali - Leh rasanya nak bawa superbike pun tak ada masalah. Maka tidak hairanlah lori-lori dari pekan besar lain menggunakan laluan ini. Ini musim panas kalau musim sejuk keseluruhan diselaputi saji dan jika anda rajin google berita hari ni pun cerita tentang highway ini ditutup 5 hari kerana salji tebal.

Lebih kurang 30km perjalanan anda akan jumpa magic hill tapi bagi aku kalau anda tak singgah pun tak rugi, rasanya di Maesot lebih magic berbanding sini. Tak nampak sangat tarikan magnet berbanding Maesot tapi kalau setakat nak bergambar tu boleh la. Aku berhenti pun pun just nak ambil gambar sahaja. Banyak juga tempat aku berhenti untuk bergambar sama macam aku tulis sebelum ini setiap kawasan view berbeza, sehinggalah terasa dahaga aku pun singgah disebuah kedai ibarat RNR bagi mereka. Keadaannya amatlah daif, macam pondok orang jual goreng pisang sahaja tapi barang runcitnya full. Terfikir aku macamana la dia ni boleh buat pondok tengah-tengah gurun dengan sebatang pokok pun tak ada. Tapi customers ramai dan kebanyakannya ialah driver lori, sempat juga aku bersembang kosong dengan tauke kedai dan driver2 lori kat situ biasala kan aku ni terlebih ramah😃.

Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Haniskot. Bermula dari sini rata-rata orang muslim dan sepanjang jalan ada saja masjid  dan kebanyakannya cantik. Mungkin ada sumbangan agaknya . Hati-hati kawan-kawan semua ketika anda menunggang tiba-tiba akan ada budak-budak muslim yang akan block jalan meminta anda membeli air teh yang jualan mereka. Cantik-cantik anak-anak kashmir ni, aku pun berhenti tapi tak beli cuma sedekah duit sahaja..kesian sungguh betapa susahnya mereka nak cari income disini. Kiranya dari sini hinggalah Srinagar semua kawasan muslim anda boleh lihat sepanjang jalan budak-budak balik mengaji tapi mereka ni sangat malu bila aku pegang ja gopro atas helmet depa dah tutup muka beza dengan budak-budak Jammu.

Agak jauh juga perjalanan harini ini sekitar 217 dan memakan masa agak lama sebab aku banyak berhenti dan mutu ni pun bukan laju mana harap cc saja besaq. Apabila menjelang senja aku sampai juga pekan Kargil yang penduduknya hampir kesemuanya orang muslim. Menurut seorang sahabat ini kawasan shiah tapi aku tak nampak apa-apa beza pun. Sebelum masuk pekan anda akan melintasi sungai yang cantik dan agak deras airnya.

Mudah untuk dapatkan hotel, aku memilih untuk tinggal di lorong hospital Kargil dan harga pula dalam rm 40 macam tu. Ok la wifi semua ada. Tapi area sini dah mula sejuk semula sekitar 10°c macam tu.

Macam biasa bila masuk bilik duduk atas katil belek phone dulu. Ya lah kan seharian lost contact dengan dunia luar. Bila on fb baru perasan post aku dah di share oleh  siakap keli pula. Punyala ramai komen itu ini dan ramai juga yang kecam dan mendokan aku eksiden mati kot jalan😃.

Apalah dosa aku kat hampa.. Kadang-kadang hairan dengan manusia ni kita tak kata apa pun kat dia malah kenal pun tidak tau- tau nak maki. Nasib geng rukuk ramai backup aku boleh la tumpang gelak. Dipekan kargil ni  penduduk agak ramai walau pekan tak besar mana pun. Banyak sekali kedai-kedai handphone dan wifi,dan disini sangat mudah dapatkan makanan halal. Malam ni aku makan briani ayam direstoren hotel . Depa hantar briani dekat setalam kat aku. Haaa hambik kau kan dah banyak hari tak jumpa nasi.. ha makan makan..😃

Bersambung

Siri 19 ( zojila pass)

0 comments:

Catat Ulasan