Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri16

Solo ride himalaya Azman Ali siri16

Siri 16 soloride Himalaya
(Khardungla top kali ke2)

Semasa aku sampai di pos bawah tempat aku parking motor keadaan aku sangat letih mungkin penat kerana kurang oksigen atau letih mental sebab kena dera dalam bas tadi. Tambahan pula mengenangkan perjalanan azab yang sama aku akan tempuh lagi sekali dengan motor. Kalau tengok gambar aku pun boleh tau, pakai sarung kepala tu pun tak terurus, cincai ja.

Setelah berjumpa inspector sahab dan ucapkan terima kasih dia pun membenarkan aku naik tanpa minta permit (sebenarnya perlu) mungkin sebab aku dah rancak bersembang dengan dia pagi tadi dia rasa tak ada apa nak diragukan. Apabila aku nak mulakan perjalanan tiba2 salji turun lagi, hmm aku dah rasa tak sedap hati tapi inspector sahab tu kata tak pa hang pi la salji tak turun dah.

Oleh kerana aku dah lalu tadi, perjalanan jadi lebih mudah dan lancar cumanya banyak kali stop  sebab ada kerja2 pembinaan dilaluan tersebut. Banyak group2 motor bersama guide seiring dengan aku dan hampir kesemuanya menggunakan Royal Enfield Bullet. Dalam laluan yang sama aku selisih seorang warga pencen yang mengayuh basikal dari Delhi ke Khardungla top, tak sampai hati aku nak berhenti  menyembang hanya sekadar senyum sebab keadaannya nampak letih sangat.

Ada sekali tu jalan block sebab banyak batu yang jatuh kerana kerja2 mengorek diatas. Kerana kesuntukan masa kat situ aku curi-curi lintas, last-last kena sound dengan pengawal situ sebab ada lagi batu jatuh. Harap anda yang akan pergi jangan buat perangai macam aku..bahaya. sepanjang laluan Himalaya ini memang banyak batu yang jatuh dari lereng bukit. Sepanjang jalan anda boleh lihat signboards "stop and see the rock fall down" Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Maknanya kena tunggu sampai batu kecil pun tak jatuh baru jalan.Dan batu yang jatuh pula dari size  syiling hinggalah sebesar kereta, serius bahaya.

Akhirnya aku sampai lagi untuk kali kedua di puncak Khardungla yang dilebel sebagai jalan paling tinggi di dunia. Apa lagi ambil gambar lah hehe, time ni memang ramai sangat orang hingga nak bergambar pun payah. Tak lama pun kat situ sebab target aku destinasi seterusnya ialah nubra valley.

Perjalan diteruskan lagi mengahala nubra valley  untuk beberapa jam, kiranya aku sedang menuruni bukit. Agak jauh untuk sampai check point daerah itu. Macam biasa bila sampai ada pos kawalan. Dan bila aku tunjukkan permit dia kata tak boleh masuk permit tu hanya sampai Leh sahaja. Masa ni kecewa ya amat, puas pujuk inspector sahab tu tak lepas juga. tak teringat pula nak bagi duit kopi. Yang kecewa tu sebab letih sama dah la jalan punya jauh macam buang masa pula. Polis tu kata takpa hang boleh masuk ambil gambar sekitar dan patah balik. Aku kata tak apa lah aku patah balik sebab dah nak petang kang tak pasal pasal bermalam tengah gunung.

Time balik ni aku speed memanjang tak layan dah view sebab takut lewat sampai pekan Leh. Sepanjang jalan masa balik ni memang banyak konvoi lori tentera dan semuanya aku potong lagipun lori depa asap bekelun dah la less oksigen kena asap disel lagi. Untuk kali ketiga aku melalui puncak tu tak ada hati dah nak singgah. Kecewa campur letih sama rasanya, jadi aku nak cepat sampai hotel dan rehat.

Bersambung ..
siri ke 17
(Malam ke2 di Leh)

0 comments:

Catat Ulasan