Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 17

Solo ride himalaya Azman Ali siri 17

Siri 17 soloride Himalaya
(Malam ke2 di Leh)

Alhamdulillah apabila menghampiri pekan Leh cuaca semakin baik malah  suhunya hampir sama di Malaysia. Banyak view poin yang boleh kita berhenti untuk melihat keseluruhan pekan Leh. Ada 2 3 tempat aku berhenti untuk bergambar dan merakamkan nama2 sahabat aku agar mereka juga bersemangat untuk datang nanti. Sesampai di hotel aku rasa macam nak tukar hotel lain,kononya nak yang lebih baik padahal lebih teruk. Internet paling aku benci yang lain-lain boleh la. View dari tingkap bilik ialah pusat menyewa motor beserta guide memang tak putus rezeki depa ada ja orang datang. Tinggal disini seolah-olah kembali ke zaman 50an. Semua bunyi engine stroke panjang.. cepoih cepoih cepoih..

Senja tu aku ronda-ronda sekitar pekan yang yang sama dengan semalam, tujuan nak cari internet yang lebih baik. Wifi di kedai internet area sini amatlah lembab rasanya hotel malam semalam lebih baik. Jadi time tu aku upload gambar aku berbaju melayu dengan bendera penang. Bendera malaysia yang besar aku tertinggal kat hotel yang kecil tu memang sentiasa pasang kat handle motor.

Masa balik tu aku singgah kedai tshirt muslim Bangladesh. Yang bestnya dia boleh jahit nama kita secara manual atau apa yang kita suka, jadi aku tempah juga la sehelai. Bila on hp malam tu aku tengok post aku dah dishare dalam penang kini ramai juga yang memuji tak kurang yang perli. Biasalah manusia

Pagi esoknya aku berbelah bagi samada nak ke pagong lake atau hala balik ke Kargil. Di hotel tu memang tak ada sarapan jadi aku pergi semula hotel kemarin untuk sarapan padahal nak main internet sama sebab situ laju. Untuk kita orang luar sim kad kita internetnya hanya sampai manali saja lepas tu takda lagi.  Patut rakan Delhi tak bagi aku beli sim kad dia suruh pakai kad dia.

Semasa bersarapan aku berkenalan dengan seorang bikers dari Bombay. Panjang ceritanya dalam buku nanti aku tulis. Dia ajak aku ke ofis leh district untuk apply permit sambil tu aku boleh test Royal Enfield Himalayan depa.. sempoi juga cuma lembab sikit dari honda xr aku. Bila dah sampai kerani situ tanya aku you guna guide dari syarikat mana? haa sudah. Aku cakap la aku nak pergi solo dia jawap tak boleh. Tapi ada caranya kalau nak solo juga bayarannya mau dekat rm2 3 ratus. Hmm makan modai. Takpa lah lain tahun aku pasti datang sebab banyak laluan aku terpaksa skip kerana makan masa.

Bila balik hotel group mereka dah pun bersiap nak berangkat sedangkan aku masih lagi nak melepak di restoren hotel. Selesai bergambar dan bertukar email dan no phone mereka pun bertolak. Aku pula rasa macam nak naik sekali lagi dan bergambar dengan bendera Malaysia tapi rasa malas pula sebab semalam dah 3 kali lalu.

Ketika aku ralit melayan tenet tokey hotel tu datang menyapa dan kami rancak berbual. Dia pun ceritalah keadaan bisnes kat sini dan macamana income bila musim sejuk dan macam2 lagi. Dia berbangsa tibet fasih berbahasa inggeris malah bapa dia yang dah berusia 70an juga fasih berbahasa  inggeris. Sebelum berangkat dia oder jam casio sama macam aku pakai " takpa bila hang mai nanti hang bawa berapa harga tak kisah" katanya.
Akhirnya pukul 1030 baru aku gerak hala ke kargil.

Bersambung. .
Siri 18 (Dicemuh nitizen)

0 comments:

Catat Ulasan