Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS -THAI (PART 12 -DAY 7/C.KHAM - KHAO KHO)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS -THAI (PART 12 -DAY 7/C.KHAM - KHAO KHO)

19HB SEPTEMBER 2015

CHIANG KHAM - KHAO kHO(465KM)

Pehh boleh tahan jugak,  jarak ride untuk hari ini.Semalam seperti  hari2 sebelomnya,saya akan ada perbincangan secara wasap atau masengger  dengan route planner saya iaitu Otai ovelander Indo-China Pak Sidek Eid.
Melalui perbincangan tersebut saya disyorkan untuk merasai pengalaman baru iaitu melintasi satu kawasan Ampangan dgn menggunakan Bot ataupun Tongkang utk ke seberang.
Syor yg kedua ialah pergi melawat  kawasan Taman Negara Phu Hin Rongkhla.
Setelah saya bersetuju,Pak Eid berikan pada saya panduan jalan melalui gogle maps.
Pagi,seperti biasa selepas Solat Subuh saya dah bersedia untuk memulakan ride,oleh kerana hujan yg turun sejak sebelom subuh tadi masih belom reda sepenuhnya,saya tangguhkan sebentar.Lagi pun kaunter untuk serah kunci pun belom ada petugasnya..inilah satu2nya masalah bila menginap di g/house,tidak seperti dihotel senantiasa ada petugas.
Setelah hujan berhenti sepenuhnya,pengembaraan bermotorsikal pun bermula dengan destinasi pertama ke Sirkit Dam yg terletak di  Tha Pha ,Uttaradit.Jarak hampir 300km dari Chiang Kham
Alhamdulillah cuaca hari ni boleh dikategorikan sebagai baik,hujan yg turun tadi hanya sekitar Chiang kham sahaja.
Entah macamana tetiba hp yg digunakan untuk gogle maps terpadam terus..alamak!camna nak buat ni.Ah!akhirnya buat keputusan main belasah sudah la..lagi pun nak patahbalik pun dah jauh kedalam.Nasibaik jalan tersebut takde apa2 simpang yg boleh menyebabkan kita rasa konfius nak memilih jalan yg mana.
view di kaw. pemusnahan batang jagung

sign board
jalan menghala ke dam sirkit

Akhirnya saya tiba di pengakhiran jalan,kelihatan didepan saya satu kawasan terbiar dengan semak samun yg tidak terjaga.Dari tempat saya berhenti dapat saya lihat sebuah tongkang sedang membawa kenderaan pickup mengharungi perairan dam tersebut.Saya pasti sedang berada di lokasi yg tepat.
Persoalannya mengapa begini keadaannya kawasan tersebut.Kemudian saya terus ke hadapan untuk mencari pengkalan tongkang yg saya lihat tadi.Bila saya tiba disitu,saya pasti dulu ia merupakan satu jeti yg  sibuk satu ketika  dan kini telah lama ditinggalkan sebab terdapat beberapa binaan gerai2 batu utk melakukan aktiviti perniagaan kelihatan disekitar kawasan tersebut.Dari dek atas,saya nampak disebelah kanan terdapat kawasan rumah rakit,dimana terdapat beberapa jenis kenderaan pickup turut berada disitu.
Kemudian saya turun kebawah dan kebawah lagi menyusuri bulatan keliling dek tersebut  sebanyak 3 lapisan,tapi tiada jalan yg mampu untuk membawa saya ke seberangkawasan rumah rakit.Akhirnya perasan fade-up mula menguasai diri saya..saya buat keputusan untuk berpatah balik.
ketika berpatah balik itulah saya terperasan terdapat satu lorong terbiar disebelah kiri yg berpapan-tanda usang..saya termenung berfikir tentang jalan tersebut,saya memberanikan diri untuk memasuki lorong tersebut biarpun jalannya agak menyeramkan,tidak jauh dari simpang itu sudah kelihatan kawasan jeti rumah rakit yg terang benderang disinari cahaya matahari.
Rasa teramat lega,bila tiba sahaja di kawasan yg saya fikir itu kawasan utk parkir
PEMANDANGAN DARI JAUH JETI RUMAH RAKIT


VIEW SEBELAH KIRI JETI RUMAH RAKIT
kenderaan,saya pun berhentikan motorsikal saya.Dari jauh kelihatan seorang wanita dari dlm rumah rakit melambai-lambaikan tangan kearah saya sambil menunjukkan ke arah rumah rakit yg terletak di sebelah kiri.Saya pun mengikut arahan yg ditunjuk,kemudian keluar seorang perempuan bertanya dari dlm rumah rakit tersebut Saya hendak kemana,selepas saya menerangkan tujuan saya untuk keseberang,dia pun memberitahu tambang utk keseberang sebanyak 100tb.
Disini berlaku satu insiden :
Saya ingatkan wanita  tadi tu tukang kutip duit tambang tongkang.Selepas dia bagitahu tambang 100tb,saya pun hendak pergi la memberi wang tambang pada wanita itu.Hendak pergi kerumah rakit tersebut terpaksa melalui sekeping papan tebal yg diletak diantara tebing tanah tasek dengan rumah rakit yg berhampiran.
Kayu tersebut saya tengok macam dah melandut kebawah mungki nakibat kesan berat selalu dipijak.Disebelah kayu titi tersebut terdapat pula sebungkah kayu besar yg terapung dipermukaan air,saya perhatikan bungkah kayu tersebut seperti terletak padat pada dasar tanah tasek tersebut.
Maka saya pun dgn penuh hati2 menitila di atas kayu titi tersebut mula2 ok je tetapi bila semakin ketengah terasa titi tu semakin kebawah...teman mula cemas,titi kayu tu nak patah ke..teman menapak lagi kedepan tetiba air tasek tu melalui paras atas kasut saya..masa ini saya ingat titi kayu tu betui -betui nak patah,dalam keadaan terkapai - kapai nak jatuh saya pijak sebelah kaki ke bungkah kayu yg saya ingat padat kukuh didalam air,rupa2nya bungkah kayu tersebut juga terapung diata iar sebenarnya..apa lagi sebaik kaki saya sentuh bungkah tersebut saya dah hilang imbangan terus jatuh kedalam tasek tersebut.
Automatik suasana menjadi riuh rendah dengan ketawa melihat aksi saya terjatuh dalam tasek,sedang sebelom itu sunyi sepi.Dengan selamba saya naik balik ke pelantar rumah rakit dlm keadaan basah lencun.Selepas saya serahkan duit 100tb pada wanita tadi,saya kembali ke motorsikal saya untuk berjemur sementara menunggu tongkang tiba.Walaupun keliling yg ada mentertawakan,saya buat selamba ja...depa bukan kenai pun,kali ni ja aku p situ..lepaih p seberang hilangla bayang aku..hahahaha.
Sedang berjemur,tetiba terdengar suara memanggil-manggil supaya saya ke arahnya,saya pun pergi..terkejut saya,rupa2nya wanita tadi seorang pemandu perahu..saya disuruh membawa motor utk dimuatkan kedalam sampan yg telah digabungkan menjadi satu dan diletak satu pelantar papan diatasnya sebagai tempat letak motorsikal..aduh goyang lagi.
Mahu atau tidak..terpaksa juga sebab tambang sudah dibayar.Setelah itu perahu pun berlayar  tenang mengharungi ampangan tersebut keseberang.alhamdulillah tiada lagi pekara buruk yg terjadi sehinggalah tiba ke jeti seberang sana..itu la sedikit kisah malang utk dikongsikan bersama.
VIEW JETI MENDARAT DISEBERANG SANA
VIEW DARI ATAS PELANTAR PERAHU


WOW

 BERGAYA BERSAMA HF

CARA JEMUR JAKET YG BASAH




Setelah selamat mendarat saya terus bergerak mengharungi cuaca panas terik pada hari itu.oleh kerana terlalu kepenatansaya mengambil keputusan untuk berehat sebentar disatu kawasan sawah padi yg cantek menghijau di satu kawasan dlm daerah Pitsanulok.






Oleh kerana saya hanya menunggang secara santai antara 60 - 80 km/jam menyebabkan saya terpaksa mengenepikan destinasi ke - 2 iaitu melawati Taman Negara Phu Hin Rongkhla kerana  hari sudah agak petang dan ketika itu saya masih jauh  lagi utk tiba ke Khao Kho,tempat penginapan saya utk hari ke 2 di Thailand.
Saya terpaksa menunggang dalam keadaan gelap malam untuk tiba ke Khao Kho..nasib  baik keadaan jalan raya yg lebar dan cantek dapat melancarkan perjalanan.Saya tiba di Phu Sai Fa Resort sekitar jam 9.00pm.
PHU SAI FA RESORT








0 comments:

Catat Ulasan