Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 15

Solo ride himalaya Azman Ali siri 15

Siri 15 soloride Himalaya
(Dipuncak Khardungla )

Selepas tiada tanda2 kenderaan akan bergerak kerana sangkut dalam salji tebal aku mengambil keputusan untuk menapak sahaja. Walaupun tak jauh hanya lebih kurang  3 4 selekoh tapi ianya agak teruk sebab mendaki dan less oksigen. Tercungap cungap aku menapak siap galas beg lagi, namun bila dah exited ni apa keadaan pun boleh saja.

Terbayang aku orang mendaki everest tah berpuluh kali azab. Akhirnya masa ditunggu telah tiba batu Khardungla top dah depan mata. Time tu tak ramai orang hanya beberapa pelancong dan indian army yang bertugas disitu sahaja yang ada. Apapun ambil gambar dulu, salji masih lagi tebal walaupun matahari memancar cerah. Alhamdulillah tercapai juga cita2 aku nak sampai sini.

Seluar aku dah pakai siap didalam tinggal baju melayu dan sampin  saja nak sarung. Memang dari awal lagi aku berniat nak berbaju melayu di Khardungla.  Tapi kat mana nak londeh tak kan kat toilet.. paham2 sajalah toilet kat india ni, dah tu sejuk lagi. Apapun minum dulu kot2 dapat ilham.. dalam gerai kat atas tu tak ramai orang.. kat tepi meja tu saja aku londeh riding pants dan sarung baju melayu . Mat saleh tepi aku ushar semacam je. Lantak lah peduli apa.

Selesai minum aku turun kebawah siap bersampin macam nak pegi beraya😃. Orang luar tengok pelik, lantak lah ke perasan aku je kot. Aku minta la tolong sorang mamat tu ambil gambar aku? lepas tu dia tanya aku dari mana dan pakaian apa aku pakai ni. Akupun cerita lah ini pakaian rasmi orang melayu dan bla bla bla. Lepas tu aku tanya dia dari mana.. dia jawap Israel. .oo orang yahudi. Ok depa ni baik je  aku tengok.

Selesai disitu aku mula ligat berfikir macamana nak turun ambil motor sebab target aku nak sampai dengan motor belum tercapai. Kebetulan ada ramai inspector sahab kat situ aku pun pergi tanya depa kot2 ada kenderaan polis nak turun. Dengan bahasa hindustan dia keloi sorang  mamat kat situ, selepas mereka bercakap tah apa sepatah aku tak faham mamat tu suruh aku tunggu dalam bas. Haaa lega..

Kita travel solo ni jangan berat mulut..ringan2 sikit mudahlah perjalanan kita. Selepas beberapa minit bas mula bergerak. Hanya aku dan driver sahaja dalam bas tu, nak bersembang dia tak pandai sangat english tapi yang aku faham bas tu balik dari hantar budak sekolah untuk satu acara di nubra valley. Perjalan turun macam biasa roller coaster, yang ni lagi sakan hinggut kalah beruk atas pokok. Nampak dekat sangat dengan gaung sebab aku duduk tepi pintu, ada aku buat video masa tu. Memang tak boleh terjun kalau emergency. . tawakal sajalah.

Jalan yang tadi penuh salji kini sudah mulai cair dan apabila menghampiri pos yang aku parking motor  tadi suasana putih sudah 100% hilang. Sesuatu yang pelik bagi aku sebab seolah2 aku berada ditempat lain. Sebelum turun bas aku hulur duit pada driver... dia kata simpan sajalah duit hang tak laku. Adehh.. mulianya orang sini.

Bersambung Siri 16
(Kali ke2 di Khardungla )

0 comments:

Catat Ulasan