Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 19

Solo ride himalaya Azman Ali siri 19

Siri 19 soloride Himalaya
(Daerah ke2 paling sejuk didunia)

Sebelum beredar dari pekan Kargil (Kashmir )elok juga aku cerita sikit daerah dimana bermulanya perang India/Pakistan ini. Kargil adalah bandar kedua terbesar selepas Leh di Negeri Ladakh ini. Menurut bancian pada tahun 2001 penduduknya berjumlah 9,944 orang dimana 61% daripadanya adalah lelaki. Bahasa rasmi disini ialah Hindi.

Pada tahun 1999 sekitar Mei hingga  Julai di daerah ini telah tercetus perang antara India dan Pakistan dan telah mengorbankan lebih 1000 orang bagi kedua dua buah negara. Puncanya dikatakan militan Kashmir dan tentera Pakistan menyusup masuk kawasan india dan merampas puncak penting di Kargil.   Walaubagaimanapun India tidak pernah menggunakan istilah perang bagi konflik ini. Apa sekalipun bagi aku yang jadi mangsa ialah penduduk kashmir. Ibarat dua kumpulan gengster bergaduh di restoren yang jadi mangsa tokey restoren habih bangku meja lingkup.

Boleh dilihat sepanjang jalan sekitar Himacal Pradesh dan ladakh ini penuh dengan kem tentera dan banyak signboard "army india for you" dan pelbagai slogan lagi. Aku rasa depa nak tunjuk pada dunia luar yang askar depa baik dengan rakyat walau hakikatnya penduduk kashmir tak suka. Menurut cerita lisan dari sahabat aku yakni dari pakistan dan India, setiap tahun ratusan tentera mati kerana kesejukan walau hakikatnya  perang telah tamat. Mereka dipaksa standby dipuncak gunung dimana suhunya dibawah paras beku . Tempat inilah yang dikatakan medan perang paling tinggi didunia.

Setelah beberapa jam perjalanan di lereng lereng gunung ini aku sampai di daerah Dras. Terasa dahaga dan lapar aku berhenti di depan balai polis Sebab banyak kedai area situ lagipun ada roadblock alang-alang dah berhenti baik berhenti terus makan. Di pekan koboi ni banyak guest house  dan aku rasa ia lebih murah berbanding Kargil. .next time aku tidoq sini.

Tokey restoren yang fasih berbahasa inggeris itu menegur aku are you from malaysia.. aku balas how you know dia tunjuk bendera kat handle motor. Maknanya mereka memang kenal negara kita. Kiranya port best untuk aku singgah nanti sebab boleh tanya macam macam. Aku pun oder capati dengan kari ayam.. sedap kemain,  sambil tu aku tengok kelaku inspector sahab buat roadblock. Habis diselongkar motor dan kereta penduduk, tapi tak serius pun sambil gelak gelak je.

Sambil borak borak tu aku tanyalah tentang daerah Dras ni. Dia pun mula bercerita sambil tangannya menguli roti. Menurutnya bila musim sejuk suhu sini turun hingga -30°c( 2nd lowest temperature in the world ) , yang sanggup tinggal hanya penduduk tempatan sahaja . Gunung belakang kedai dia pula nama tiger mountain  disitulah tempat yang menjadi rebutan dan bermulanya perang india pakistan. Panjang ceritanya ...

Bersambung. .
Siri 20 (zojila pass )

0 comments:

Catat Ulasan