Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE JUBOQ BESI KE UTARA VIETNAM ( PART 4 - TERBELIAK BIJI MATA)

RIDE JUBOQ BESI KE UTARA VIETNAM ( PART 4 - TERBELIAK BIJI MATA)

2hb APRII 2015 -

MOE VAC - CHAO BANG - BAN GOIC WATERFALL





Bang Eid dan Taqril menginap di Bandar Moe Vac ke selatan Dong Van. Cuaca masih dingin , selepas masak sarapan pagi kami kurang puas hati merakamkan pemandangan di Ma Pe Leng Pass. Olehitu 10 km pada waktu pagi dengan suhu sekitar 15'C kami naik semula ke utara untuk merakamkan gambar disana.






Perjalanan ke bandar Chao Bang amat memenatkan. Jalannya berdebu , lubang-lubang ada kalanya terpaksa harungi offroad. Tidak ada tempat-tempat menarik disini yang sempat kami merakamkan gambar. Tempat tuju kamu adalah Ban Goic waterfall. Kami sampai dibandar Chao Bang jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang. Bandar ini pada petang hari sibuk dengan lalulintasnya .

Hari sudah hampir menjelang senja. kami singgah disebuah kedai runcit untuk membeli telur ayam dan minyak masak. Perjalanan kami teruskan lagi dan semakin gelap perjalanan dan Bang Eid terpandang sebuah guesthouse lalu mengarahkah Taqril berpatah balik dan kami menginap disitu (22°51'28.1"N 106°42'19.3"E ) Kordinat Guest House . Perjalanan diwaktu malam tidaklah sesuai dinegara orang yang kita tidak tahu tentang keselamatannya.










3hb APRII 2015 -

BAN GOIC WATERFALL-LANG SON





Setelah puas merakamkan air terjun tercantik ini , Bang Eid dan Takril membuat keputusan untuk mengikut laluan sepanjang sempadan negara China dan Vietnam. Rasanya laluan ini jarang sekali pengembara-pengembara lalu disini . Keadaan jalan nya amatlah teruk dan nasib baik tak ada hujan. Kawasan ini agak mundur dari segi pembangunannya . Pekan yang kami lalui pemandangannya seperti pekan koboi. Tidak ada jalan yang berturap dengan sempurna. Terdapat juga air terjun yang kami jumpa disepanjang perjalanan ini. Air Terjun di Doc Lap (22°42'20.5"N 106°28'25.4"E ) dan ada juga sebuah gua yang kami temui di Ban Tren (22°46'32.2"N 106°44'52.0"E) 








Setelah merakam gambar dan menikmati air terjun sepanjang perjalanan kami meneruskan ke sempadan China yang ke 2 iaitu Chau Khua Tan Thanh. Tidak ada apa yang menarik disini kami hanya ingin rapat ke sempadan China sahaja. Perjalanan kami teruskan hingga ke Bandar Lang Son. Pukul 8.00 malam kami tiba disana dan mencari Guesthouse d tengah-tengah bandar.

Sempadan Negara China dan Vietnam Chau Khua Tan Thanh



Nama dan alamay Guesthouse di Lang Son

Bersambung ke episod setrusnya.....

4 comments:

  1. cun..gambaq mabless...tp cerita agak kureng

    BalasPadam
  2. cun..gambaq mabless...tp cerita agak kureng

    BalasPadam
  3. Pengembaraan dengan motor plot dan jalan cerita nya sama

    1. Hidupkan enjin
    2. Isikan minyak
    3. Berhenti rehat.

    Plot plot begini tak perlu diulang cerita dalam episod yang telah ditulis dan akan mendatangkan kebosanan kepada pembaca untuk mengulang 3 aktivi diatas.

    Saya berpendapat story hendaklah di highlight kepada

    1. Destinasi dan tujuan.
    2. Apa yang menarik disatu-satu tempat yang dilalui.
    3. Gambar dan lokasi yang menarik..
    4. Bagaimana dan cara hendak sampai disatu tempat.

    Ini sudah cukup memberi informasi kepada pengunjung blog.

    Sekian . Terima kasih.

    BalasPadam
  4. My Adventure Malaysian
    Pengalaman bermotosikal ke Utara Vietnam.
    Perkongsian pengalaman rider malaysia yang boleh dijadikan panduan kepada semua rider newbie.

    BalasPadam