Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 21

Solo ride himalaya Azman Ali siri 21

Siri 21 soloride Himalaya
(Lokasi filem hindustan )

Lembah Kashmir yang indah ini kini terbahagi kepada 3 negara.  India mentadbir Jammu dan kashmir termasuk Ladakh. Pakistan mentadbir Gilgit Batustan dan wilayah azad kashmir dan China mentadbir Aksai Chin dan trans karakoram. Sementara lauan zojila pass ini pernah digunakan tentera mongol pada abad ke14 untuk menyerang kashmir sehingga menyebabkan  berakhirnya pemerintahan hindu di daerah ini. Zojila ini terletak  dilaluan utama bagi jalan highway india (1D) iaitu dari Srinagar ke Leh dan berketinggian 11,575 kaki dari paras laut. Sebenarnya kawasan- kawasan gunung ni tak perlu sebut pass sebab perkataan La tu sudah bermaksud pass atau melepasi macam Khardung la dan talang la .

Berbalik kepada riding tadi, aku menyambung kembali perjalanan menghala ke Sonamarg, tempat yang dikatakan lokasi filem Bajrangi Barjaan dilakonkan dan kerana pinjam cd filem ni kat pijan lah aku boleh jatuh hati nak riding sini.  Sebelum sampai aku terserempak dengan penduduk sedang memburu kuda liar. Agak exited aku ketika itu sehingga aku berhenti tunggu tengok apa yang jadi. Mereka memgumpan kuda peliharaan untuk tarik perhatian kuda liar melalui jambatan yang sempit dan disitu baru depa buat style cowboy baling tali pada tengkok kuda... Best..

Sesampainya di sonamarg keadaan mukabumi dah berubah dah banyak pokok seakan manali dan pokok pain paling banyak, rasa ada pokok lain tapi dah yang tu saja aku kenal. Ketika ini minyak enjin dan rantai motor aku sudah hampir kering jadi biarlah enjin sejuk dulu sementara aku pula boleh ronda-ronda ushar apa yang patut. Tiba-tiba datang 2 orang biker's india dari bombay seorang bawa himalayan 400 sorang lagi bawa bullet 500 classic. Nampak mereka macam ada masalah.

Sambil pekena surya aku menghampiri mereka dan bertanya khabar. "Moto tak ada api bro". Mamat tu pun cerita lah itu ini tentang teknikal mungkin dia ingat aku tak tau bab motor.. aku layankan je. Biarlah mereka buat dulu tak mau nak tunjuk pandai dan memang tak pandai mana pun. Setelah 20 minit tercungap- cungap start tak hidup barulah aku offer nak tolong. Model klasik ni memang tak ada electric start.. rasanya mereka pun hampir putus asa bila aku offer ..haa tengok lah. Dan cara dia suruh pun dia tak yakin aku tau pasal motor. 1st aku buang  plug dan suruh dia start then bila start tak ada api juga. Kedua aku buang socket plug start ada api. Sah socket tu rosak. Kebetulan ada kedai pomen kat situ pergi tanya tapi tak ada part. Aku kata mai aku buat, jadi aku sambung terus dan balut tape bila start hidup.. dia punya happy kemain. Tak berapa kali say thank you tak tau lah. Alhamdulillah aku happy sebab dapat tolong orang.. kiranya dosa aku tak berhenti tolong gembala kambing 3 hari lepas terbalas.

Mereka berdua ni jurutera komputer di Bombay.. aku bagitaulah aku nak beli minyak enjin tapi tak tau apa yang sesuai. Dia cakap tak payah biar dia saja yang beli. Siap offer wifi hp dia untuk aku berhubung dengan mem di rumah. Macam aku cerita sebelum ini hanya rakyat mereka sahaja yang dibenarkan guna internet di daerah sempadan ini. Apa lagi aku siap video call lagi dengan mem kat Malaysia .

Bersambung ...
Siri 22 (bertemu 2 orang cikgu)

0 comments:

Catat Ulasan