Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 8

Solo ride himalaya Azman Ali siri 8

Siri 8 soloride Himalaya

(Petrol hilang)

Sekitar pukul 4 pagi aku terjaga dengan sendirinya, pertama rasa badan aku dulu masih demam atau dah ok.. cuba berdiri pula kot2 pening.. alhamdulillah ok. Yeeii aku boleh sambung riding.

Tak sabar rasanya nak tunggu hari cerah nak tengok view kawasan sekeliling. Sunyi sepi time tu, semua manusia masih tidur, try buka tingkap...huhu.. peti ais.. jam kat tangan aku menunjukan 7°c. Tu kat dalam bilik luar berapa tah la. Aku tau wife aku belum tidur cepat2 aku meseg bagitau aku dah baik demam. Yang tu penting bagi aku.. kalau dia happy riding aku akan happy sepanjang hari.

Dalam samar2 tu aku keluar mengendap motor aku, terperasan pekerja kaunter berbungkus macam lepat pisang kat kerusi panjang. Bila sampai kat motor baru aku perasan kedua dua botol petrol aku hilang.. hah sudah. Mungkin budak tu simpan kata hati aku untuk tenangkan perasaan.

Tak tau nak buat apa sebab masih awal aku masuk dalam bilik dan buat 5s beg aku. Memang style aku tiap kali riding untuk jangka masa panjang 3 4 hari sekali aku akan buat 5s. Masa tu boleh tengok rokok dah jadi roti, kotak semua hancur sebab basah dan bergesel. Meggi pun dah jadi sebuk, roti ban dah hilang ban nya😃.

Selesai semua tu aku solat subuh siap2 dan ikat beg pada motor. Kiranya bila ada cahaya samar2 pun aku boleh terus start riding.. lagipun awal2 ni lori tak banyak. Selesai ikat beg semua aku tunggu budak tu bangun. Bila nampak bayang2 gunung depan aku elok juga aku ambil gambar dulu.. cantik beb.. keliling aku semua puncak ada snow. Sakan juga la aku posing sana sini pagi tu.

Aku dok pi balik pi balik haram tak jaga budak tu.Tak boleh jadi ni.. aku kena start motor warm up dan rem2 sikit harap dia bangun. Tiba2 terus dia datang kat aku dan beritahu petrol dia simpan kat dalam lobby takut kutu balaih, Sini petrol mahal katanya..huhu.

Time tu barulah kedengaran jeep, motor, orang berjalan bersembang. . Kiranya penduduk Keylong sudah mulakan aktiviti harian mereka. Setelah shake hand dengan budak tu aku pun blah.

Bersambung

Siri 9 (Hari tiada hujan )

0 comments:

Catat Ulasan