Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » JELAJAH VESPA 1 MALAYSIA KE MEKAH @ 3 ( INDIA )

JELAJAH VESPA 1 MALAYSIA KE MEKAH @ 3 ( INDIA )


Hai everybody, today ... I would like to told you the first day officially we are start riding from our Malaysia Consulate General office. First of all, thanks God for the chance that they giving to us with good and healthy body to start the journey for fullfilled our dream.

Memang berbelit lah lidah aku kalau teruskan dgn bahasa English ni.. Lidah makan belacan... Apa pun yg telah terjadi, kini merupakan hari pertama kami mula memegang trottle motor kesayangan kami.


Segala dokumen perjalanan utk melancarkan lagi pergerakan ini telah selamat diusahakan hasil bantuan rakan2 di kedutaan. Surat kebenaran dari polis, jabatan pengangkutan, dan laluan selamat telah diperolehi dgn jayanya. Alhamdullillah



 

 Masa ni lah timbul rasa seronok, kerana pada masa ini... Umpama seperti burung yg terbang bebas di udara... Kepuasan yg sukar digambarkan dgn kata2. Masa seharian ini digunakan sebaik mungkin utk mengejar semula masa yg telah lama lari dari jadual asal. Hari pertama, aku bersama peserta yang lain berjaya mengemudi vespa kami sejauh 520km... Perghh, baru lega rasanya... Minyak spare jgn lupa yea sentiasa bawa bersama.. Jika dilihat dilaluan selatan India menghala ke New Delhi, petrol pam mudah sangat utk kita ketemu... Jadi, bekalan minyak hanya sekadar jika terdesak...
















 Kalau mula2 start ride masa tu, aku rasa seronok gak lah bila ramai org datang berkerumun. "Where are you coming from?" ... "You, India?"... dan macam2 soalan dari mereka... itu kalau di pekan atau bandar besar. Kalau dipendalaman pula, dia boleh bantai "speaking" dgn aku...Adehh, apo nak jawap masa tu... "Ayam x patuk, Itik x sudu lah jawab ehh...

Masayarakat setempat biasanya mudah mesra dgn orang asing... Mungkin juga atas faktor warna kulit aku yg lebih kurang sama macam mereka. Teknologi mereka, pada dasarnya adalah tinggi dari negara kita dgn kebolehan rakyat mereka sangat tinggi dari segi daya saing. Faktor sosio politik serta kepadatan penduduk adalah faktor utama masyarakat disana masih banyak dibawah kadar kemiskinan..

Alhamdullillah, rasa bersyukur kerana aku lahir dikalangan org yg bersederhana.. aku jauh lebih senang dari mereka..

Perjalan harian sejauh anggaran 400km - 500km sehari adalah memadai bagi kami. Bermula selepas solat subuh serta berakhir sebelum azan Maghrib. Makan tgh hari kami, sebenarnya agak kurang, memandangkan cuaca pada bulan Mei ketika itu agak panas. Sekitar 37'c - 40'c.. Aku dan peserta lain banyak berhenti membeli minuman sahaja.. Kami selalunya membeli air mineral sejuk yg beku, supaya sejuknya tahan lebih lama...










Keadaan sekitar yang amat panas serta berhabuk...  Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan..




...................................................to be continued.............. tired bro...................................

12 comments:

  1. Syok baca. Gaya santai tapi pendek sgt . bersambung lagi..... :)
    Thumb Up

    BalasPadam
  2. Hang tak cerita,pasai apa tak ride dari malaysia thailand myanmar terus ke mekah. Semua orang nak tau juga.

    BalasPadam
  3. Hang tak cerita,pasai apa tak ride dari malaysia thailand myanmar terus ke mekah. Semua orang nak tau juga.

    BalasPadam
  4. Makan cencaluk banyak sangat smpai ngatuk
    Jln cerita syok...teruskan cerita seterusnya

    BalasPadam
  5. wahai kekandaku...terbaek...seronok membaca,tak jemu...ada class punya penceritaan.
    sepatutnya kisah ride dgn bespa ni boleh dibukukan dan dijual dipasaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suruh kekanda hang jumpa Ujang buat komik.
      Hehehe

      Padam
    2. hahahahha... ini sekadar suka2 jer tuan idros lazim

      Padam
  6. Buat la buku..aku orang pertama beli..kompom

    BalasPadam