Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » One Heart Ride Part 1 [ Peninsular Malaysia]

One Heart Ride Part 1 [ Peninsular Malaysia]

Assalamualaikum dan 
Salam Sejahtera

Day 1

Perjalan menuju Utara tanahair bermula dari Pasir Gudang Johor.
Ride bermula pada 15 August 2015 dan sempena bulan kemerdekaan saya terpanggil menamakan ride ini #Merdekaride2015 
One heart @ satu hati menggambarkan masej keakraban diantara kami....




Membonceng anak ke Merlimau Melaka untuk perjalan 220 Kilometers daripada rumah.
Kami memulakan perjalanan sekitar jam 11 pagi setelah selesai mempersiapkan kelengkapan peralatan motosikal serta barangan yang dibawa untuk tempoh 2 minggu perjalanan..
Perjalanan kali ini ke IndoChina merangkumi Thailand dan Laos.
Tool ,Pakaian ,khemah serta barangan makanan memenuhkan side boxs kiri kanan dalam anggaran 20 kg total.
Side boxs Givi E21 liters amat berbaloi buat saya  serta selamat daripada hujan ataupun kecurian berbanding kanves bag.

Up foto menuju Lebuhraya Utara Selatan di Permas jaya sekitar 25 minit perjalanan dari rumah  melalui EDL hiway..


Perjalanan diteruskan selepas isian penuh petrol  ron95 di Shell Permas Jaya dengan tangki berkapasiti 3.7 liter dan mampu membawa kami sejauh 130 kilometer pada kelajuan 100km/sejam .

Selepas melewati Tol Skudai kami lansung ke exit Sedenak kerana sahabat saya saudara Khairuman sudah menunggu kami disana..
Setiap kali sekiranya saya mengembara keluar dari Malaysia beliau akan menunggu saya  untuk minum teh serta berbual mengenai rencana perjalanan yang akan saya lalui nanti.

Beliau adalah salah seorang rakan group dari Pasir Gudang Biker dan juga beliau sudah ke Mae Hong Son pada Mar 2014 bersama saya dan itulah trip pertama kali beliau ke negara Gajah Putih dengan tempoh perjalanan selama 10 hari sehingga ke Aran Pratet di border Cambodia@ PoiPet.


...................................................


Wajah bikers yang terkenal dengan # tag line "Ride Sampai Tuek"


Lebih kurang 40 minit dimeja kopi kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Merlimau Melaka.
Cuaca baik pada tengahari ini melancarkan perjalanan kami dan saya memanjat syukur kepada Ilahi kerana saya tidak berbekalkan rain coat dalam perjalanan kali ini.
Isian penuh kali ke2 di Petronas RnR Machap hanya RM 5 sahaja untuk membawa kami ke destinasi...
Jam 3 petang kami sampai di Politeknik Melimau dan singgah di Restoran KFC berhadapan Politeknik untuk mengisi perut kami pula.
Saya meninggalkan Along dirumah sewanya yang hanya 150 meter dari Politeknik dan meneruskan perjalan seterusnya ke Shah Alam untuk bertemu rakan Facebook ,Braderose Abgjp untuk pertama kalinya dan sebelum ini hanya berbicara melalui telifon ,whattapp serta masenger..
Sampai di Batu 3 Shah Alam pada jam 830 Malam 

Wajah Solo rider bakal takluk Negara Sabaidee dengan Kapcai 125cc Honda Future.




Perjumpaan di Restoran TomYam berhampiran Petronas Batu 3 Shah Alam untuk membincangkan serta memberikan tip perjalan,lokasi dan halatuju di Laos nanti.
Braderose Abgjp akan ke Laos pada pertengahan Sept 2015 secara solo selepas 2 lagi rakan beliau tidak dapat ikut serta pada expidisi ini.
Kami berbicara sehingga jam 1:30 pagi ,itupun sebab kedai makan akan menutup operasinya dan jika tidak harus sampai ayam berkokok mahunya...hahahahaha

Saya terpaksa berpisah dengan Braderose Abgjp dan akan bermalam di Menara U2 di rumah anak saudara iaitu Saudara Aliff.
Dari batu 3 ke Menara U2  hanya 20 minit perjalanan..


Terkejut serta teruja Aliff mendengar hasrat saya membawa Kapcai ke IndoChina semasa perbualan kami lewat jam 3 pagi.
Beliau bertugas di salah satu bank di Kuala Lumpur dan harus keluar rumah seawal 6 pagi untuk mengelak kesesakan jalanraya...
2 jam lebih sahaja yang dapat melelapkan mata dirumah beliau. 

Tetap ceria dan segar bugar walaupun kurang tidur.
Semangat nak ride berkobar kobar senantiasa
Hari pertama ride berhenti disini .

>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<




3 comments: