Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 9 -DAY 4/LAOS)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 9 -DAY 4/LAOS)

16HB SEPT.2015
VAN VIENG KE LUANG PRABANG (228KM)

HARI KE - 2 / LAOS.
Seawal jam 4.00am saya telah bangun.
dengan menggunakan bekalan makanan yg saya bawak dari rumah,saya dapat menyediakan sendiri sarapan pagi utk hari pertama saya di Laos.
Sarapan yg ringkas iaitu nasi puteh dan juga kari ayam dari jenama Damia serta Serunding Daging bersama minuman Teh o panas.
SARAPAN PAGI

Menanti waktu cerah diLaos ,saya rasa begitu lambat..tidak seperti di Thai.Mungkin  struktur muka bumi menyebabkan waktu paginya agak lambat cerah berbanding di Thai.
Selesai Solat Subuh..saya terus mengemas segala barang2 kedalam box sambil menanti cerah.
Setelah agak cerah saya turun ke bawah utk mengambil motor sikal yg disimpan didalam bahg stor resort tersebut,malangnya tiada sesiapa dibahgian bawah..akhirnya saya terpaksa menunggu lagi sehingga la petugas-nya bangun dari tidur..nasib baik petugas tu datang cepat.
Setelah settle semua.sekitar jam 8.00am saya memulakan perjalanan hari tu menuju ke Van Vieng yg sepatutnya menjadi lokasi penginapan saya semalam.
PENGINAPAN DI THA LEAUA

Plan saya di Van Vieng utk melawati area yg di sebut sebagai The Elephant Crossing,tp malangnya sebaik tiba disana,keadaan cuaca mendung dan hujan mula merintik,saya terpaksa membatalkan hasrat utk kesitu dan meneruskan perjalanan menuju ke Phou Khoun.


VIEW DI AREA VAN VIENG
PINTU GERBANG VAN VIENG

Semasa saya tiba di Van Vieng,kelihatan dijalanan ramai murid2 sekolah yg mula keluar dari rumah masing menuju ke sekolah..ada yg berbasikal,bermotor dab juga berjalan kaki..kelihatan amat meriah.

Perjalanan menuju ke Luang Prabang merupakan satu perjalanan yg panjang melalui  ratusan selekoh2 di kawasan banjaran,melintasi kawasan2 pekan dan perkampungan kecil.Tiada tempat persinggahan untuk di lawati.Apa yg menarik sepanjang laluan ini hanyalah menikmati keindahan alam semula jadi.
PEMANDANGAN JALAN YG TELAH DI LALUI
VIEW DARI RNR PHOU KHOUN
RNR PHOU KHOUN

Amat jarang bertembung dengan kenderaan di sepanjang laluan ini.Tanpa perlu tergesa - gesa,saya meneruskan ride saya secara santai pada kelajuan antara 50 -70 km /jam.
Sepanjang perjalanan hari pertama ni,saya hanya berhenti utk snap berberapa keping gambar yg mungkin agak menarik dibeberapa lokasi sahaja seperti di Phou Khoun.
Tidak semua perjalanan saya pada hari itu lancar,kekadang terdapat juga halangan seperti dikawasan yg terdapat kejadian tanah runtuh,terpaksa menunggu sehingga jalan boleh dilalui semula.
TANAH RUNTUH

Dalam perjalananni juga,saya berkesempatan berjumpa dan memberi sedikit buah tangan kepada kanak2 Laos yg saya jumpa.
PARKING TIME UTK LUNCH TIME
oleh kerana perjalanan hari ini,agak meletihkan sebab terpaksa ride meredah beratus2 selekoh,saya memgambil keputusan utk berhenti rehat di pinggiran laluan utk menikmati bekalan nasi yg saya bawa bersama.
lUNCH TIME TEPI JALAN

BERSAMA KANAK2 LAOS


Walau pun jarak Perjalanan hari ini cuma lebih kurang 230km,tapi mengambilmasa hampir 12jam utk saya tamatkan lebih kurang pada jam sebelom 7.00pm di Bandar Luang Prabang,sewaktu di sini saya telah menginap di sebuah guesthouse pada kadar RM45/night
GUESTHOUSE DI L.PRABANG




2 comments:

  1. My Adventure Malaysian
    Solo Ride Kapcai ke Thai dan Laos
    Catatan pengalaman yang baik dijadikan panduan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada minat touring dengan honda kapcai wave 125s ke thai-lais. bolih kah bro. terangkan perjalanan?

      Padam