Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 9

Solo ride himalaya Azman Ali siri 9

Siri 9 soloride Himalaya
( Hari tiada hujan )

Macam biasa raincoat dah jadi pakaian tetap tak kira hujan ke tak. Dalam perjalanan meninggalkan pekan Keylong kita boleh nampak aktiviti harian mereka, kebanyakan mereka buruh samada diladang atau dikawasan pembinaan highway .

Highway manali-leh ni nama ja lah highway jalannya kecil je pun, tambah2 dikawasan puncak gunung dengan jurangnya yang amat dalam. Area situ jangan kata lori kereta pun tak boleh selisih. Biasanya akan ada ruang lebihan untuk kenderaan selisih. Tak terasa seram sangat pun jurang tu sebab view yang terlalu cantik automatik kita lupa dah bab jurang tu. Kadang-kadang kita akan jumpa bas atau lori parking sampai tayar belakang kena stopper yang diperbuat dari simen..haa yang tu seram. Bahagian belakang lori atau bas memang diawangan.. high risk punya kerja ni.

Setelah bebera kilometer perjalanan aku terjumpa sekumpulan pekerja binaan highway yang bermalam terus kat tepi jalan. Nampak jelas unggun api yang masih berasap.. hebat mereka2 yang bekerja dikawasan iklim dingin ini, orang kulit hitam pulak tu.. sah dari selatan India. Biasanya akan ada sehelai kain yang dililit kat tengkok .

Antara yang paling aku teruja ialah terserempak dengan seorang pengembala dan beratus ekor kambingnya.. macam cerita2 zaman nabi atau ahmad albab. Gebu2 kambingnya semua jenis bulu panjang.. macam nak peluk saja comel sungguh. Sempat juga aku pegang sebab mereka rapat dengan motor aku. Aku dan wife memang suka haiwan2 ni.. kalau dia ikut mesti happy. Malah terjumpa juga pengembala kuda dan kaldai. Pengembala2 ini muka mereka seakan tiada riaksi nak kata senyum tak masam pun tak.. mungkin hairan lihat perangai aku yang jakun dengan view ni😃.

Keadaan muka bumi pula hanya batu dan pasir tiada lagi pokok  malah rumput pun jarang2 sekali nak jumpa. Memang layan beb.. segar sesegarnya untung sapa boleh selalu guna jalan ni..memang tenang sangat sampai rasa macam tak mahu balik. Anda akan jumpa juga 2 3 sungai yang merintangi jalan , kena harung juga tiada jambatan atau gelung laluan air. Airnya sangat jernih boleh je terus minum.. air gunung tu.

Dongak kelangit tiada tanda2 mahu hujan malah cahaya sangat cerah terang benderang suhu pula sekitar 3-7°c. Kasut aku masih lembab..bila datang angin terasa azab kat kaki. Paling laju pun aku bawa 60kmh time tu rasa rugi pula kalau bawa laju...

.bersambung
Siri 10 (orang kampung tibet)

0 comments:

Catat Ulasan