Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 3

Solo ride himalaya Azman Ali siri 3

Soloride Himalaya
Siri 3 ( bermain selut dimalam raya)

Selepas perut agak kenyang aku sambung kembali riding.. tiada lagi jalan rata hanya bukit bukau yang menghiasi perjalanan. Di pekan2 kecil ini memang mewah dengan motor skuter sama dengan vespa.. cuma disini depa panggil Bajaj, dari model super hinggalah px150 semua ada. Patutlah solo rider wanita dari Singapore  Juvena Hung pilih vespa untuk round the world. . Part senang beb. Kalau along aimpro mai.. jenuh borong motor dan part berkenjah disana sini aksesorinya. Di India ni mewah dengan aksesori yang diperbuat dari besi baik model skuter mahupun klasik.. plastik kureng.

Hujan mulai turun tapi tak lebat, cukup untuk membasahi spender aku. Tak boleh jadi ni kena pakai raincoat lagipun angin dah mulai sejuk. Dalam masa dok menyarung raincoat tu aku selisih banyak rider yang sehala dengan aku juga dari arah bertentangan. Rata2 anak-anak muda sana  bawa skuter, street bike bajaj 200 macam modenas tu dan juga RE ( royal Enfield ). Kita pun angkat tangan tanda brotherhood sambil layan surya, sempat lagi belek2 meseg dari henpon sebab internet masih ada coverage area sini. Agak stress setiap kali aku riding mesti ramai pm messenger tanya itu ini, mana nak sempat reply bang bukan sorang yang pm.. pastu ada yang balas takpe lah orang tengaj syok ride.. hmm.. sabor je lah.

Hari semakin petang.. Manali ada lagi baki 120km, terdetik dalam hati dimanakah sepatutnya aku ada sekarang. Kalau ikutkan nak kerja mudah aku berenti saja cari hotel.. Tapi serius style aku riding sangat disiplin dengan masa .. kalau target Manali mesti sampai Manali tak kira camana cuaca sekalipun. Lagipun ini 1st time riding Himalaya aku tak pandai nak bajet masa lagi, kalau aku main2 dengan jadual takut ada lokasi yang tertinggal nanti. Kalau aku bawa kri ni maunya bertumbuk😂😂. Cuaca semakin sejuk ditambah pula dengan hujan renyai2 akhirnya aku sampai di daerah Mandi, ya.. aku berhenti seketika untuk panaskan badan. Pekan Mandi ni wujud sekitar tahun1527 antara pekan besar di negeri Himachal Pradesh terletak pada ketinggian 850m dari aras laut dan suhu antara 17°c hingga 29°c manakala penduduknya sekitar 30ribu orang. Amboi.. ada siap fakta..

Selepas hentian bas utama, ( kot la sebab penuh rakyat kat situ) ada sebuah jambatan yang menhala ke pekan Mandi, disitu ada gerai2 kecil jadi sesuai untuk aku rest. Orang pun tak ramai.. kebanyakan yang singgah hanya untuk ambil air dari dinding bukit.. macam kat cameron tu. Kiranya laluan riding aku adalah di sepanjang tepi sungai, bila toleh belah kiri anda nampak pekan Mandi. View mabeles beb. Ada jual burger kat situ.. burger India, aku pun belilah.. saja nak rasa.. haram x sedap langsung. Aku makan kat tembok sungai tepi gerai dia sambil2 sembang kosong.. dalam masa yang sama aku lepas pelan2 burger tu dalam sungai. Tak berdaya nak habis, dia boh apa tah hijau2 tu macam rasem..eee meloya.

Sambung lagi riding sehinggalah hari mulai gelap dan hujan pula tidak menunjukan tanda2 mahu berhenti.Manali tah dimana.. azman ali adalah😃. Lebih kurang 40km aku berhenti lagi kerana kesejukan melampau ditambah baju yang basah, kemudian sambung lagi hingga pekan kullu valley. Oleh kerana tak jauh dah Manali aku memilih untuk bermalam disini saja. Banyak kali aku cuba dapatkan hotel macam biasa hotel bajet tak boleh atau full jawapan mereka. Aku rasa depa nak main2 dan ambil kesempatan pada aku yang dah letih ni. Jadi aku gagahi perjalanan aku walau badan dah layu time tu. Selepas lintas satu jambatan besi.. terkejut beruk aku dengan view sungai subhanAllah amat cantik. Nak snap guna henpon hujan pulak.. keluarkan gopro pun kelabu.. tapi aku snap juga 2 3 gambar kat tepi sungai tu. Nyaris2 terpijak najis manusia.. jadah betul. Agak frust kat sungai tu sebab jadi tempat pembuangan sampah. Ia ibarat menabur pasir dalam periuk sendiri...buduh punya olang.

Matahari sudah hampir melabuhkan tirainya tiada masa lagi untuk bergambar all dark. Sambung lagi riding dan keadaan jalan semakin gelap dan extra pakej offroad kerana tanah runtuh. Tambah pakej combo iaitu sejuk gedi Selut dah sebati dengan kasut malah seluar. Ada tempat terus stuck sapa pun tak boleh gerak.. apa lagi join sekali buat kalut dengan drebar lori dan bas. Ada jumpa khemah untuk disewa sekitar rm10 ke berapa tah tapi rasa macam tak selamat sebab driver lori dan orang tempatan banyak kat situ, alang-alang tu aku teruskan saja. Sedang di Malaysia orang bertasbih berselawat dimalam raya aidil adha aku pula bertasbih semoga selamat dapat tempat bermalam.

Akhirnya lagi 10km Manali aku dapat juga hotel, Itupun unregister , tak kisahlah janji dapat rest. Tak keluar pekan pun walau dengar macam ada pesta dekat2 situ. malaslah sebab sejuk dan letih. Cari air panas masak meggi lagi best, sambil layan cerita hindustan dimalam raya. Last2 lena macam tu saja.

Bersambung
Siri 4 ( Beraya seorang diri di ladang epal)

0 comments:

Catat Ulasan