Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 4

Solo ride himalaya Azman Ali siri 4

Siri 4 soloride Himalaya
( Beraya di ladang epal )

Pukul 5 pagi aku bagun solat subuh dah sambung tidur semula sebab sejuk ya amat hinggakan nak pijak lantai pun aku tak sanggup.Tengah sedap tidur tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi sekumpulan anjing menyalak. Apa kejadah ni aku menyelak tirai tingkap. Nampak dengan jelas sekumpulan anjing menyerang anak lembu dalam ladang epal. Kesian aku tengok, tak boleh jadi ni, terus lari turun., kutip batu2 yang ada kat parking tu baling pada anjing. Beberapa minit kemudian tuan lembu dan tuan hotel datang.. kesian luka parah anak lembu tu sampai kena usung. Dak la yang ibu lembu tu pun boleh tengok saja tak kesian anak hang ka.

Ni pagi raya lah wei.. pegi salin baju melayu dan terus ambil gambar.  Tokey hotel tu macam hairan dengan baju melayu yang aku pakai haha.. Aku minta dia tolong snap tepi kebun epal dia.. relex je dia dengan bertuala jalan sana sini hehe.  Tak boleh ralit2 ni dah pukul 8 pagi..

Aku menyambung kembali perjalanan yang berbaki 10km ke manali. Dalam 10 minit sampai di pintu post enterance manali. Aku tanya dia tentang bagaimana untuk  dapatkan permit, dia jawap kena isi online bang. Di wilayah utara india ni tourist perlukan perlukan permit untuk bergerak kesesuatu daerah. Jadi aku minta budak kerja post tu untuk isi online permit perjalanan aku, sebabnya paymen pun kena online. Maybank 2u mana boleh online kat situ. lepas siap aku kena cari kedai photocopy pula untuk print hard copy.. tang ni aku banyak buang masa kerana cari kedai tak jumpa.

Puas melilau cari kedai tak jumpa sampailah aku tanya orang tempatan.  Mana nak jumpa medan meniaga tu depa tutup tak bagi kenderaan masuk, nak parking luar takut motor kena sebat.. lastly aku park tepi polis kawal lalulintas dan masuk cari kedai printing. Bila dah siap hard copy aku singgah makan di restoren berhampiran sarapan pizza. Sempat la ronda2 ringkas shoot sana sini. Selesai disitu aku sambung kembali perjalanan.

Elok aku cross je sungai keluar dari pekan, baru ingat bearing tayar motor aku bunyi teruk dan perlu diganti sebab perjalanan baru 20%. Cari pula kedai untuk repair motor. Pomen kedai tu bagitau kemarin ada 6 rider dari malaysia datang kedai dia.. sapadia tah la. Sempat aku ronda2 belakang kedai pomen tu.. fuhh sungai.. apa nak kata cantik ya amat. Ternampak stock moto Royal Enfield baru.. belambak.. geram pulak aku tengok. Sambil tunggu motor siap aku ronda2 jalan kaki area situ..

Aku ditahan polis!  kenapa.. tunggu siri ke5

0 comments:

Catat Ulasan