Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 2

Solo ride himalaya Azman Ali siri 2

Siri 2 soloride Himalaya
( bergelumang dengan taik lembu)

Lebih kurang Jam 530 pagi hp dah berbunyi..sah Imran dah call aku, dia beritahu aku kena keluar awal sebab perjalanan ke Manali akan memakan masa lebih 8 jam walau hanya 310km. Jadi kami berjanji untuk bertemu di rumahnya yang jaraknya lebih kurang 7km dari hotel aku tinggal.

Aku tidak bersarapan walaupun ia termasuk dalam pakej hotel.. tak ada selera aku, mungkin masih baru di India. Jalan2 di pekan Chandigarh ni agak bagus nampak tersusun. Menurut imran pekan ni antara yang moden dan sistematik di India.

Tapi bila sampai area perumahan agak teruk keadaannya, rumah imran walaupun rumah flat, mereka tetap ternak lembu dan di tambat di celah2 lorong sekitar penempatan, malah bawah flat pun ada lembu. Longgokan taik lembu dimerata-rata mahu tak mahu aku kena redah juga. Habis tayar dan kasut bersalut tahi lembu.

Patutlah penyakit mudah merebak disini puncanya dari mereka sendiri. Agak susah nak jumpa rumah dia sebab lorong sangat kecil dan banyak simpang,hanya muat sebuah motor saja. Jadi aku call dia dan dia turun ambil aku dan naik ke biliknya. Dia yang berasal dari Lahore hanya menyewa bilik dan bekerja sebagai akauntan disebuah syarikat insuran. Kami tidak keluar bersarapan kerana dia berpuasa sempena aidil adha jadi hanya bersembang dalam bilik dia tentang trip aku. Sempat juga aku paw rokok dia sebatang. Sebelum sambung riding dia hadiahkan lencana kumpulan motor dia. Motor sama macam jaguh tapi 220cc.

Sampai didaerah Punjab aku singgah disatu pekan kecil untuk tukar bateri jam akuyang dah nyawa2 ikan. Mudahnya riding di India ni rata2 rakyat mereka fasih berbahasa inggeris cuma lidah mereka tergeliat sikit.. kena pasang telinga betul2. Seronok aku kat pekan hari daerah situ.. barang murah2.. yang paling aku perasan ialah kedai2 hardware mereka.. sebab itu yang aku minat dan kenal benda.

Selepas itu aku sambung kembali riding, layan je view kampung2 hinggalah ke kawasan mendaki. Bila sampai situ jalan mulai teruk dan semakin teruk dah macam offroad. Kadang-kadang saja jumpa jalan yang  bagus.,

Apabila melalui kawasan gunung viewnya semakin indah hingga aku lupa yang aku belum sarapan pagi. Sampai satu kawasan kedai barulah perut terasa lapar dan aku singgah untuk bersarapan. Time tu dah pukul 2 petang.. apa yang kena dengan selera aku? Meggi😂.
Jadilah.. aku suruh dia bubuh telur dan sayur. Masak cara depa.. kaler kuning2 macam kunyit.. belasah ja lah. Roti kering yang ada dalam simpanan aku guna untuk cicah teh panas. Sekurangnya kejap sikit perut.. tah pukul berapa pulak nak makan tak tahu lagi...

Bersambung

Siri 3 ( riding dalam hujan malam dan offroad azabnya)

Hampa berminat ka nak baca sambungan.. kang buat teruk aku type saja😂😂😂

0 comments:

Catat Ulasan