Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 7 & 8

Kembara Di Satun Siri 7 & 8

Sebenarnya orang pertama yang memperkenalkan kami kepada biker adalah Pak Tuan Syed Mohammad Idid.
Saya ada buat satu posting di FB , dan pak tuan syed yang tag ramai kenalannya.
Kemudian abg Zulhisham Abd Hadi datang melawat dan di susuli pula dengan wang sumbangan derma dari rakan rakan bikers.
Kemudian disusuli oleh otai overlanded Pak Eid Sidek datang bersama abang din pendang.
Kemudian banyak dan ramai rakan rakan bikers datang menghulurkan bantuan.
Saya akui , bahawa perjuangan saya banyak di bantu oleh Bikers Malaysia dan saya tak nafikan sumbangan dari kalangan rakan rakan bukan bikers.
Oleh sebab itu bila saya di add abikhalid untuk join ATM saya tak tolak. Pak Eid Sidek lantik saya jadi admin dan blogger untuk blog ATM saya amat berbangga.
Saya cuba buat yang terbaik, saya cuba jadi moderator ATM agar ATM penuh dengan infomasi.
Kini saya agar dikenali oleh rakan rakan bikers dan insyaAllah sesiapa yang melintas Wang Kelian, singgah lah di Ban Khuan, 30 dari Wang Kelian.


Bertemu Dr Wong Chin Huat

Pada suatu hari Sabtu, saya keluar dari bilik guru untuk ke Tesco Lotus . Setelah selesai urusan, saya bergegas pulang. Di pertengahan jalan, sebuah kereta plate Malaysia, pakir di bahu jalan. Saya brek motor dan pusing balik. Saya ketuk cermin tingkap, dia buka dan saya bertanya. Abang ada masalah apa, boleh saya bantu.
Dia jawab tak apa apa cuma setting simkad thai di HP. Saya jawab, ingatkan kereta rosak. Dia hulur tangan dan bersalam, saya Joe , Cikgu Joe dari Malaysia.
Saya Dr Wong Chin Huat atau panggil saja Ah Huat.
Cikgu buat apa disini ?
Saya aktivis bahasa Melayu.
Boleh saya ikut tengok kelas cikgu.
Saya pun memimpinnya sambil beliau mengekori saya dari belakang.
Bila sampai di sekolah, saya memperkenalkan dirinya pada kakitangan sekolah dan membawanya melawat sekolah.
Setelah itu dia meminta diri untuk beredar sambil peluk saya. Dia berbisik tak sangka jumpa orang Melayu Malaysia di Thai, yang mengambil berat ttg dirinya di Thai, wlupun dia cina.



0 comments:

Catat Ulasan