Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 5 & 6

Kembara Di Satun Siri 5 & 6

Kekadang saya memberi nasihat kepada pelajar saya agar belajar bersungguh sungguh agar masa depan lebih terjamin.
Ramai kalangan murid saya menjawab, cikgu
abang saya,
 kakak saya ,
bapa saya
emak saya
berlajar sampai Universiti, tapi depa lani motong getah saja.
Saya hilang idea , kelu dan tak tahu menjelaskan. Kalau di Malaysia saya boleh beri contoh , kerja engineer kilang, technician kilang , manager kilang tapi disini cuma ada sebuah kilang Ayam Brand .
Persekitaran Satun hanyalah pertanian , hutan , sungai dan lautan.
Yang selalu saya tekankan adalah keperluan belajar bahasa Melayu. Kalau orang Malaysia melawat Satun kita boleh berurus niaga dengan mereka. Saya memberi tahu bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ketujuh dunia.
Bahasa Melayu juga bahasa yang hampir dengan Al Quran selain bahasa Arab, Parsi , Hindi dan Urdu.

Kembara Satun Siri 6
Bagi meningkatkan motivasi pelajar , ada kala saya menjemput geng bikers dari Malaysia .
Dengan motor berkuasa besar , pelajar pelajar sangat teruja. Bukan setakat pelajar , orang orang kampung pun tumpang sekaki selfie dengan big bike.
Bukan niat saya nak menunjuk nunjuk tapi ini adalah suntikan semangat untuk pelajar memajukan diri.
Bila kehadiran big bike , soalan yang sering di tanya, berapa ribu sebuah ? Bila saya beritahu , kurang kurang RM60K atau THB600,000 mereka akan geleng kepala dan bertanya lagi. Depa ni kerja apa ? Saya bagi tau , depa ni ada cikgu, berniaga sendiri dan ada yang kerja kilang.
Depa kata pula, kalau orang kampung Guar juai tanah 10 relong baru boleh beli satu. Pastu tak dak duit nak boh minyak.
Saya bagi tahu bahawa dengan ilmu kita dapat memilikinya. Bukan kerana kaya saja.
Menurut mereka, motor paling besar di Satun, adalah 300cc tu pun tak berapa biji.
Saya jawab InsyaAllah, satu hari nanti anak² kampung kita mampu beli dgn ilmu


0 comments:

Catat Ulasan