Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 9 & 10

Kembara Di Satun Siri 9 & 10

Keesokan harinya , hari Ahad dia muncul lagi bersama 2 orang krew berserta Video Cam.
Beliau bersama saya 2H1M merakam kehidupan seorang pejuang.
Banyak video semasa saya mengajar dan menunggang motor buruk berulang alik ke sekolah.
Dia minta untuk ikut saya balik ke rumah, waktu tengahari saya serba salah sebab di rumah saya cuma ada juadah nasi dan telur goreng.
Bila tetamu datang, mahu tidak mahu kita menjemput, tetamu makan bersama.
Dr Huat tanpa perubahan muka makan nasi , telur goreng dan kicap.
Selepas makan dan berehat dia meminta diri untuk beredar.
Sebelah petangnya dia muncul lagi, dengan tangannya menjinjing bungkusan. Ada beras, telur, minyak masak, gula dan lain lain keperluan dapur.
Dia mengajak kami keluar dan membelanja kami kami besar.
Selepas makan , dia menghantar kami pulang dan dia pun berlalu.
Keesokkan harinya dia muncul lagi, rumah kami ketika itu belum siap dan pintu hanya dua keping plywood. Kami mendengar orang memanggil dan keluar ke rumah.
Dr Huat , tersengih dan bersalam. Dia datang untuk mengucapkan selamat tinggal.
Dia peluk saya, dan berbisik , cikgu joe , perjuang perlukan makan dan minum. Pejuang ada keluarga dan pejuang perlukan sokongan.
Kalau pejuang tiada atau uzur, siapa yang akan berjuang.
Dia menyeluk saku seluarnya, ini baki wang thai yang saya dermakan kepada pejuang.
Pada masa itu, ego saya naik. Saya tolak, saya cakap, tulang empat kerat saya mampu menyara keluar, wang ini sumbanglah kepada sekolah.
Dr Huat dengan lembut berkata, Sekolah tak kemana kalau pejuang tiada tenaga. Murid perlu guru yang sihat dan cergas, pejuang dah teruk derita emosi. Pejuang kena terima bahawa pejuang perlu terus hidup untuk meneruskan perjuangan.
Airmata saya tak dapat di tahan lagi, bercucuran berderai mengalir dipipi.
Dr Huat peluk saya lagi, cikgu joe cuma ada satu kat dunia, curahkan ilmu bagi mewujudkan banyak lagi cikgu joe di Satun.
Dr Huat berlalu dan kala ego saya dicairkan.

0 comments:

Catat Ulasan