Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 11

Kembara Di Satun Siri 11

Rumah Di Masuk Pencuri
Di samping mengajar disini, untuk menampung kehidupan, saya menerima tempahan bilik dan tiket ferry ke koh lipe.
Komisen yang saya dapat cuma thb50-thb100 dari unit tempahan.
Bukan lumayan sangat tapi alhamdullilah dapat menyara anak dan isteri.
Kekadang kami guide pelancong dari Malaysia. Duit tips yang diberi , jika dalam RM kami simpan dan tidak tukar. 
Lagi beberapa hari sebelum Aidil Adha, kami pergi bergotong royong di majlis kenduri di rumah jiran berdekatan. Pukul 12 tengahari kami balik untuk mandi manda dan menyusu sambil tukar lampin anak.
Pukul 2.00 petang , lagi sekali ke rumah kenduri tanpa membawa beg galas saya.
Pukul 4.00 petang kami pulang, pintu dan tingkap belakang rumak terkopak. 
Rumah beselerak, kami kehilangan 
2buah hp yang sangat penting kerana business online.
Set TV, laptop sumbangan kawan dan macam macam lagi barang, kira cuci rumah.
Yang paling penting wang simpanan kami dalam RM dan  juga dalam Baht.
Wang RM adalah bekalan balik berhari raya di Malaysia. Tahun 2015 , kami berhari raya tanpa wang, dan saya pergi bergotong royong di majlis korban dan disedekahkan daging dan tulang lembu korban, cukup makan sebulan.
Untuk berurus niaga online , saya buat pertama kalinya di Satun, berhutang. HP samsung galaxy y 2nd hand dengan nilai thb500 dan perjanjian 3 kali bayar.
Alhamdulillah Allah memberi rezeki.K

0 comments:

Catat Ulasan