Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 4

Kembara Di Satun Siri 4

Kebanyakkan buku buku rujukan di ambil dari Wilayah Patani. Bahasa Melayu Patani adalah dari versi Patani dan terjemahan dari bahasa Thai ke Melayu. Kekadang saya tersenyum dikala membaca.
Setelah dua tahun di sana, saya sudah agak faham , apakah keperluan bahasa mereka. Saya bertindak menulis sendiri buku buku untuk permulaan di peringkat umur 5 tahun dan sehingga 8 tahun. Saya sedar bahawa saya bukan pakar Bahasa Melayu. Saya selidiki dan membuat rujukan melalui internet. Masalah saya disini, rumah saya di pelusok kampung, tiada talian telefon. Kekadang terpaksa bertenggek di rumah jiran atau di kedai Internet yang bising dengan budak budak bermain game. Apakan daya , kuatkan semangat maka ku gagahi jua demi memartabatkan bahasa Melayu.
Saya bukan cikgu terlatih dan saya bukan dari jurusan bahasa. Saya bekas R & D Engineer dalam bidang perabut kayu. Oleh itu saya tidak tahu selok belok mengajar dan memberi motivasi kepada pelajar.

0 comments:

Catat Ulasan