Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 3

Kembara Di Satun Siri 3

Kembara Satun Siri 3
Setiap hari Sabtu dan Ahad saya akan pergi ke Masjid Misbahuddin Kg Guar . Saya mengajar subjek Bahasa Melayu Rumi pada kira kira 200++ pelajar berusia ,5 tahun hingga 12 tahun.
Kebanyakkan murid murid saya dah berlidah Thai, walaupun ibubapa berbahasa Melayu. Ini kerana dasar pelajaran di sekolah kerajaan Thai, menitik berat bahasa Thai dan bahasa Melayu pula terabai.
Saya memperkenalkan kaedah pedagogi seperti a i u e e o. Juga Ba Bi Bu Be Be Bo.
Kaedah ini paling sesuai kerana huruf Thai berunsur bunyi dan nada. Maka mudah bagi pelajar mengenal dan menghafal.
Kebanyakan mereka gagal menyebut bunyi R dan J . Contoh Jamilah jadi Yamilah dan jalan jadi Yalan.
Bahasa pertuturan mereka sesama ibubapa adalah bahasa melayu bercampur aduk dengan bahasa Thai.
Bila mereka berkomunikasi sesama sendiri , mereka lebih selesa berbahasa Thai.

0 comments:

Catat Ulasan