Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 2

Kembara Di Satun Siri 2

Kembara Satun Siri 2

Di Satun kami tinggal di Kampung Guar Ban Khuan. Rumah kami terperosok di hujung kampung di tepi sungai.
Suasana dipersekitaran amat sunyi tapi nyaman sekali. Pada hari pertama di sini, kami terpaksa mandi sungai. Pehhh air sungai sungguh dingin sekali.
Penduduk kampung kami , 100% penduduk berbahasa Melayu loghat seakan Kedah dan Perlis.
Majorati bekerja sebagai penoreh getah seawal 2 pagi . Sebelah petang mereka mengerjakan sawah padi.
Hobi kebanyakkan penduduk seperti memelihara burung merbah jambul untuk pertandingan dan mengail ikan.
Boleh dikatakan setiap hari ada pertandingan suara burung merbah jambul.
Percaya atau tidak bila kira kira 50% penduduk tidak pernah ke Bandar Satun sejak 10 tahun walaupun jaraknya sekitar 10 km sahaja dari Kampung Guar.
Kebanyakkan mereka lebih selesa hidup secara tradisi dan cara kampung.
bersambung lagi....
#atm_kembarasatun2

0 comments:

Catat Ulasan