Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 1

Kembara Di Satun Siri 1

Kembara di Satun Siri 1
Salam Semua
Saya Joe , suami Karlisa. Saya orang Malaysia dan Karlisa ni orang Satun. Dia dah jiwa Malaysia sebab , berpuluh tahun dok di Malaysia .
Kini kami balik tinggal di Satun atas satu niat mengembangkan Bahasa Melayu.
Walaupun kehidupan di Satun, tak seindah bercuti 3H2M , kami teruskan juga demi perjuangan kami memartabatkan Bahasa Melayu.
Berbalik kepada kisah kembara di Satun. Saya cerita sikit latarbelakang penduduk Satun.
Kalau kita google , penduduk satun , terdiri dari 65% Melayu Islam dan 35% Siam Buddha.
Kami memulakan kembara dengan kapcai Yamaha Spark ( legenda ) ke seluruh pelusuh Wilayah Satun.
Kami berpendapat Melayu lebih dari angka itu.
Pada asalnya penduduk Satun 100% Melayu Islam dan 100% berbahasa Melayu. Selepas 1909 keadaan berubah akibat bertukar pemerintahan.
Untuk makluman semua , saya pernah bertanya kepada generasi lama Satun atau Setul atau Setoi,
kenapa ada orang belah Malaysia yang pandai cakap Siam , kalau pakcik pakcik kata Setoi ni , 100% cakap Melayu. Jawapan mereka bahawa orang Malaysia yang pandai cakap Siam bukan berketurunan Melayu Satun atau berasal dari Satun. Mereka mungkin dari belah utara.
.... bersambung jika ada permintaan ....
#atm_kembarasatun1

0 comments:

Catat Ulasan