Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 16

Kembara Di Satun Siri 16

 Kembara Di Satun Siri 16
Bila kita merantau, lagak ayam jantan perlu di hindari dalam diri. Setiap kali berselisih dengan masyarakat , adat kira memberi salam.
Oleh kerana saya cikgu kepada anak anak kariah saya pun agak dikenali, cari saja cikgu Malaysia di Ban Khuan, insyaAllah orang akan tunjuk rumah.
Suatu hari saya berbual dengan seorang penduduk kampung yang berusia lewat 50-an dan awal 60-an.Dia seorang yang agak warak dengan agama tetapi sangat kelakar.
Waktu mudanya, dia banyak merantau ke Kedah ketika musim menuai padi. Mereka akan menaiki bot panjang dari Tammalang ke Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis menaiki teksi ke Kedah.
Abang Talib , nama panggilannya bercerita. Suatu hari di Kedah, tokey dia seorang yang sangat mementing hal ehwal ibadat. Di dangau padi di tengah bendang , tempatnya bersolat zohor dan asar.
Tiba-tiba abang Talib, menerang sakit , kakinya di patut ular.
Tokeynya meluru untuk membantu, seraya berkata, hang ni kena bawa pi wad.
Mendengar kata kata itu, dalam kesakitan abang membantah dan berkata , biaq saya mati pun tak pa, asalkan jangan bawa pi wat.
Tokeynya menjawab, kalu hang tak mau masuk wad, hang nak pi mana ?
Abang Talib jawab, hantaq saya pi gedung.
Tokeynya menjawap , hat tu tempat beli kain baju....
saya ketawa . Kekeliruan bahasa. Ceritanya tamat dalam keaadaan saya ketawa.

0 comments:

Catat Ulasan