Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 14 & 15

Kembara Di Satun Siri 14 & 15

Kemalangan Jalanraya
Dari pagi sampai malam memberi kursus percuma kepada 15 orang guru di Langu. Kami pergi naik motor bertiga dari Ban Khuan ke Pak Bara kira kira 46km.
Kami diberi penginapan percuma. Anak dan isteri saya tinggalkan di bilik dan saya meneruskan aktiviti pembelajaran saya.
Keesokkan harinya, group Aparaziz Oi dari KL ingin bertemu dan menyampaikan buku buku dan sumbangan.
Selepas bertemu Aparazis kami pun bergegas pulang ke Ban Khuan. Lagi 1 km nak sampai rumah, motor yang saya bawa tertindih batu.Tayar depan pula botak. Saya gagal mengawal motosikal lalu kami terbabas.
Isteri saya mula berleter, dah tau letih tak mau tidor semalam lagi. Dalam hati saya berkata, dalam poket aku ada duit pampers dan susu anak saja, hang tau apa.
Kemalangan mengakibatkan saya luka di bahu dan lutut. Hp dan laptop pecah cermin, tersadai tapi boleh guba lagi. Nak repair kena pikiaq lagi.
Saya tersenyum dalam hati, ini adalah asam garam pejuang.Jangan merungut tetapi bersyukur, anak isteri selamat.

Kembara di Satun Siri 15
Ramadhan muncul lagi, tahun 2015. Tiba tiba kami dapat mesej dari Lady Biker Singpore. Beliau seorang guru bahasa Melayu, pengiat sastera,teater , monolog dan aktivis Bahasa Melayu dan sangat dikenali di kalangan pengiat sastera melayu.
Hari pertama Ramadhan beliau sampai di rumah kami.
Kebetulan hari itu kami ke rumah ibubapa Karlisa .
Kami bawa bersama cikgu Noor Adam untuk berbuka puasa.
Pada malamnya kami bawa cikgu Noor Adam ke rumah kami. Ya Allah, malu tak tau nak habaq. Rumah lantai depan tak siap, pintu depan di paku dengan plywood. Air perigi ketika tu keruh.
Tapi tetamu redha dan kami pasrah.
Cikgu Noor datang lagi pada hujung tahun. Cikgu Noor membawa bersama-sama buku buku. Kami sama sama bergotong royong bersama seorang lagi , bidan terjun, seorang guru dari Singapura juga. Datang ke Satun, tumpang lori bawang dari Wang Kelian.Kedatangannya membantu kami mengecat bilik perpustakaan.
Malam itu saya , karlisa dan harris anak tunggal kami, menyambung kerja mengecat sampai  ....
....bersambung tunggu di edit lagi.
maaf

0 comments:

Catat Ulasan