Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 17 & 18

Kembara Di Satun Siri 17 & 18

Kembara Di Satun Siri 17

Bila Karlisa melahirkan baby , saya pun terus menghantar email kepada kenalan rapat yang berada di Finland.
Pasangan Mat Saleh Finland kami kenal dan tinggal serumah selama 6 bulan di Penang.
Bila mendapat berita ini, selang seminggu , mereka pun tiba di Ban Khuan Satun. Teksi menghantar terus ke depan rumah kami.
Kebetulan pemandu teksi di Airport Hatyai adalah penduduk Ban Khuan.
Rumah tak siap lagi , lantai di ruang tamu masih belum bersimen. Depa nak tidur disini.
Oleh kerana depa rela , kami pun terima. Pasangan Mat Saleh ni, sempoi sangat. Makan roti dan buah buahan je selama dua malam bersama kami. Malam berikutnya kami bawa mereka tidur di Hotel Meesuk sekitar 1km dari rumah.
Ini kerana cara mereka mandi sungai di depan rumah kami mengundang orang kampung datang beramai ramai mundar mandir di tepi sungai setiap tengahari.
Isu Mat Saleh mandi sungai menjadi bualan hangat penduduk kampung sehinggakan pemimpin masyarakat tidak selesa.
Saya hanya tersenyum bila perkara ini menjadi bualan hangat . Sekitar depan rumah kami yang dulunya lengan menjadi sibuk. Dari tempat jin bertendang , menjadi mini pasar hari.
Semuanya berpunca pasangan Mat Saleh, yang suaminya berusia 75tahun dan isterinya 70 tahun berbikini zaman P. Ramlee mandi sungai.
Saya bertanya, salah siapa ?
Salah Mat Saleh Mandi atau
Salah orang kampung yang mai tengok ? Sampai hari ini saya masih tersenyum sendirian bila mengingati peristiwa itu.

Kembara Di Satun Siri 18
Kembara Di Satun Siri 18

Di Tumbuk Bapa Pelajar

Seperti biasa, selepas mengajar saya akan beri soalan ujian kepada pelajar dan mesti di siapkan segera.
Pelajar mestilah berbaris di hadapan meja saya dan membawa buku latihan untuk di periksa.
Saya akan membetulkan setiap kesalahan murid dan mereka perlu melakukan pembetulan segera. Ini adalah cara terbaik untuk murid murid yang majoriti , kurang rajin untuk membuat kerjarumah.
Seorang demi seorang murid akan membawa buku latihan untuk saya semak dan betulkan. Tiba giliran seorang murid , dia terus campak buku ke muka saya, ping berdesing dan berderau darah saya. Lima jari penampar singgah di kepalanya, dan dia menangis dan lari keluar bilik.
Saya tak hiraukan , saya meneruskan tugas saya menyemak buku.
Selepas solat asar, kami baru pulang ke rumah masing masing. Sesampai di rumah, saya ada tetamu. Sebelum sempat saya menongkat motor , sebijik penumbuk melayang. Alhamdulilah saya sempat menempis dan tertiarap beliau jatuh.

Saya tongkat motor dan menarik tangannya untuk berdiri. Bila berdiri dia tumbuk saya lagi. Saya baca Wallia Talaftaf , sambil tangan saya menghentak kedadanya.
Dia jatuh terguling, dan sambil beri amaran berupa ugutan pada saya.( biarlah saya simpan amaran dan ugutan ini dalam kamus hidup saya )
Lelaki itu adalah bapa kepada pelajar yang saya tampar lagi.
Kejadian itu berakhir disitu tanpa sebarang penyelesaian. Pada hari jumaat , ketika memulakan solat jumaat, saya tunggu lelaki tersebut dan bersolat disebelahnya. Dia tak dapat lari lagi. Selepas solat, sempat saya bersalam dengannya dan dia terus pulang. Sejak hari itu, setiap kali bertembung di jalan dia akan melarikan diri. Saya hanya tersenyum dan dalam hati berkata , jubah dan serban bukan ukuran sebuah hati .
Situasi di Thai, kalau difikirkan sangat akan meresahkan jiwa, takut kena tembak dan sebagainya. Bagi saya mudah, Malaikat Maut bukan Pak Menakan hang atau aku. Dia boleh ambil nyawa kita bila bila masa. 

0 comments:

Catat Ulasan