Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 13

Kembara Di Satun Siri 13

Cabaran Bermula
Ketika saya mula sampai di Tadika Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan.
Lantai banggunan sekolah berdebu.
Pintu tingkap dan letrik pun tidak ada.
Kerusi meja kayu yang terlalu daif dan tidak mencukupi. Ramai pelajar , belajar dalam keaadaan bersila dan meniarap di lantai yang di lapik tikar.
Abang Zulhisham Abd Hadi antara insan yang awal menyaksikan keadaan sekolah di peringkat awal.
Dari usaha beliau dan rakan rakan biker dan rakyat Malaysia yang perihatin, satu tabung diujudkan bagi mencari dana membeli kerusi meja.
Alhamdulillah, usaha murni terlaksana dengan izin Allah.
Bermula dari sini, banyak sumbangan telah di terima dan banggunan sekolah hampir 90% siap kini.
Masyarakat yang mentaliti 20 tahun kebelakang dari warga Malaysia telah membuka mata.
Mereka berebut rebut nak menguruskan dana tersebut.
Ada juga seorang dua ajk masjid memberi arahan kepada saya, setiap lawatan atau sumbungan ke Tadika Misbahuddin mestilah melalui mereka terlebih dahulu.
Wang Sumbangan yang saya bawa masuk untuk pembanggunan Bahasa Melayu perlulah duserahkan kepada Bendahari Masjid terlebih dahulu. Satu mesyuarat akan di adakan bagi memutuskan kemana arah wang itu hendak dibelanjakan.
Saya beritahu mereka, saya pejuang Bahasa Melayu dan setiap sumbangan masuk melalui saya adalah bertujuan memartabatkan bahasa Melayu di Wilayah Satun. Inilah amanah rakyat Malaysia kepada saya. Mereka menderma atas kapasiti dan keyakinan kepada perjuangan saya.
Semua diam tanpa bantahan.
Sebaliknya timbul tomahan bahawa saya menggunakan nama masjid dan sekolah untuk kepentingan diri saya.
Ya Allah, apalah nasib dan dugaan ini ?
Saya wasup Dr Huat , minta nasihat dan pandangan. Jawapan ringkas darinya, " buat dengan jujur dan ikhlas. Saya yakin dengan keupayaan cikgu . "
Rombongan Azah Rozaini dan Man Penang seolah olah datang memberi sokongan dan semangat baru.
Kadang kadang kehadiran tuan tuan ke tempat saya adalah pembakar semangat saya untuk terus berjuang .

Saya bersendirian disini sebagai warga malaysia.
Karlisa, isteri saya memang tidak suka tinggal di Satun, walaupun tempat tumpah darahnya. Dia lebih masak dengan karenah masyarakat yang berfikiran "old school".
Dia lebih selesa di Malaysia kerana mudah mencari rezeki dan hidup sangat selesa.
Tetapi dia patuh dan akur pada Perjuangan saya Memartabatkan Bahasa Melayu walaupun saya sedar bahawa saya wira yang tak di dendangkan atau " Unsung Warrior ".

0 comments:

Catat Ulasan