Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Kembara Di Satun Siri 12

Kembara Di Satun Siri 12

Journey To Homeland
Pada awal bulan November 2015 , kami di kunjungi oleh backpacker England to Malaysia.
Satu posting tentang Satun di FB mengamit Adeeb untuk berkunjung ke Satun.
Kami tak kenal siapa Adeeb ?
Kami berbalas komen dan bertukar nombor wasup.
Malam itu juga, dia sampai ke Satun dan kami offer untuk bermalam di rumah kami ,sebab dia bercadang hendak bermalam di Masjid saja.
Walaupun rumah kami tak da bilik, sekadar hamparan toto dan bantal kami dengan besar hati melayan kunjungan tetamu.
Malam itu kami menjemput Adeeb dengan basikalnya di PTT Ban Khuan.
Malam itu dengan bergayanya kami belanja Adeeb makan nasi hidang di kedai makan berdekatan rumah.
Maaf Adeeb bukan nak meraih simpati, sebenarnya kami berhutang sebab rumah kami tiada makanan pada malam itu.
Saya yakinkan Karlisa , jangan risau esok rezeki akan datang tanpa di rancang, kerana kita ikhlas membantu musafir.
Keikhlasan dan keyakinan rezeki Allah, esoknya saya terima mesej wasup, ada 20orang booking tiket ke
Koh Lipe. Alhamdulillah , syukur sangat.
Malam itu pihak agen tiket bank in komisen kepada kami.
Alhamdulilah dapat bayar hutang dan beli barang dapur.
Sesungguhnya jika kita ikhlas maka Allah akan permudahkan rezeki kita.
Adeep park beg dan basikalnya dirumah kami beberapa hari dan meneruskan kembaranya ke Bangkok.
Banyak yang kami bualkan, antaranya ayat " Jangan Cerita pasai Perjuangan dengan aku ,
Datang ke Satun, aku akan ceritakan erti perjuangan ".
Semoga Adeeb akan lebih berjaya dalam kehidupanya...aamiin.

0 comments:

Catat Ulasan