VIENTIANE KE VAN VIENG
HARI -1 DI LAOS
Setelah selesai semua urusan di Border Thanaleng(BT),saya terus bergerak untuk menuju ke destinasi pertama di bumi Laos iaitu ke Bandar Ibukota Vientiane.Semasa keluar dari BT tiada masalah sebab hanya ada satu laluan keluar dan satu lagi jalan untuk masuk ke BT,bila tiba di persimpang yg pertama,saya keliru hendak mengambil arah kemana..ke kiri atau ke kanan.Saya parking motor ditepi sisi jalan utama untuk search melalui gogle maps..tp malang gagal disebabkan line internet tak de.Masa ni hp saya masih menggunakan simthai. Saya pun mengambil keputusan untuk kesebelah kiri,berpandukan banyak kenderaan lalu lalang disebelah kiri,semakin lama saya rasa jalanraya semakin kurang elok dan suasana persekitaran seperti memasuki kawasan perkampungan,akhirnya saya buat keputusan untuk berpatah balik pergi kesebelah kanan pulak.
Tetiba saya teringat yg saya ada download peta offline Maps Me kedalam hp.Nasibaik ianya berfungsi dan dapat menunjukkan jalan yg sebenarnya ke Vientiane.Keputusan saya untuk berpatah balik tadi ternyata benar....satu kesilapan bodoh dari diri sendiri
![]() |
GONG KEAMANAN DUNIA |
![]() |
TUGU PATUXAY |
![]() |
HF BERLATARBELAKANGKAN PATUXAY |
Siapa sangka dengan menjadi seorang overlander saya dapat sampai ke sini,ianya sesuatu yg tidak pernah terfikir sebelom ini.Disitu saya dapat snap beberapa keping gambar untuk kenangan.
![]() |
![]() |
![]() |
Setelah selesai di situ,misi kedua saya ialah mencari kedai hp untuk membeli Simkad Laos,agak sukar untuk mencari kerana tiada papan tanda yg menunjukkan itu kedai menjual hp.Akhirnya saya berhenti di sebuah pasaraya yg masih baru dibuka,kebetulan memang menjual Simkad Laos.Disini timbul pulak satu masalah bila hp saya tidak dapat detect simkad tersebut,jenuh pekerja yg mahir dalam bab tu mencuba,semuanya gagal..hampir satu jam lebih saya kantoi dlm kedai tu hanya kerana masalah yg kecil,akhirnya seorang pelanggan kedai tersebut mencadang supaya saya pergi ke kedai baiki hp yg tidak jauh dari situ..semasa dikedai itu,kesempatan yg ada saya gunakan untuk berkenalan dgn manegernya yg juga merupakan seorang student kolej. Dia membuat kerja partime disitu..manis,sabar dan bwerbudi bahasa..i like her.
Puas disana,saya menukar arah untuk ke Halal Food Nazim yg popular dikalangan pelancung muslim utk menikmati Makan Tengahari..boleh tahan juga jauhnya nak mencari lokasi kedai tersebut,dengan bantuan gogle maps..semua jadi mudah.
![]() |
NASI GORENG AYAM |
Ramai betul pelanggan kedai Nazim..paling ramai dari Malaysia,tp saya buat tak tahu je dgn depa...kalo depa tegor mmg jenuh tahan telinga la depa dengaq bicara dari saya.
Saya hanya makan Nasi Goreng Ayam dan Teh O Ais..kemudian mintak tapaw satu pek utk makan malam di Van Vieng..harga jgn tanya,dah lupa..tp mmg sedap dan kenyang.
Selepas makan tengahari yg gogle pulak utk ke Masjid Jamek Vientiena yg terletak tidak jauh dari Nazim,tp mak ooi berapa kali saya terlajak simpang..jenuh pusing baru jumpa masjid.
![]() |
MASJID JAMEK VIENTIANE |
Selesai Solat Jamak Taqdim.. Jam 3.00pm saya gogle lagi untuk keluar dari Ibukota Vientiane menuju ke Van Vieng yg terletak lebihkurangdari 150km.Sambil2 bergerak keluar..jumpa mana2 view yg cantek saya berhenti snap lu gambor sekeping-dua.
Selepas keluar sepenuhnya dari Vientiane..jalan menuju ke Van Vieng agak berbahaya kerana terdapat dibanyak lubang2 yg dalam,yg saya kira mampu mematahkan rim motor atau pun menumbangkan motor dijalanraya,malahan disesetengah pekan..jalanrayanya mmg rosak teruk dan berdebu.
![]() |
Jalanraya yg rosak |
![]() |
kawasan kampung |
![]() |
Rehat |
Untuk mengelak dari berlaku bencana yg tak diingini,untuk laluan ini saya hanya mampu memecut pada kadar 60km/jam.Lagi satu laluan ini mmg banyak kornar dan berbukit.
Halangan2 tersebut menyebabkan saya kelewatan masa serta tidak dapat sampai ke Van Vieng seperti yg dirancangkan.
Oleh kerana Keadaan jalan yg tidak elok dan gelap yg semakin menghitam juga faktor saya sendiri yg merasakan tidak sanggup lagi untuk memeruskan perjalanan melalui selekoh2 didalam hutan seorang diri,mestipun cuma berbaki lagi 20km utk sampai ke Van Vieng ,Akhirnya saya berhenti di Thaleau utk menginap disebuah resort yg cantek pada kadar sewa 500thb.
![]() |
PEMANDANGAN DARI LUAR |
![]() |
KEADAAN BILIK |
![]() |
PAPANTANDA RESORT |
Dah masuk resort..apa lagi tiduqla..bila tiduq tangan mana boleh menaip lagi..sambung lagi bila saya sedaq dari tiduq nanti hahahaha
terbaeeekkk
BalasPadamMy Adventure Malaysian
BalasPadamIsi dah ok. Susunan gambar menarik .
Guna mobile version nak caption gambar xdapat. So far so good
My Adventure Malaysian
BalasPadamIsi dah ok. Susunan gambar menarik .
Guna mobile version nak caption gambar xdapat. So far so good
My Adventure Malaysian
BalasPadamIsi dah ok. Susunan gambar menarik .
Guna mobile version nak caption gambar xdapat. So far so good