Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART III - SEJUK GEDI )

RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART III - SEJUK GEDI )

1hb APRII 2015 - 



HA GIANG - DON VAN - MAE VAC Sejukkk... Gedi





1 HB APRIL 2015 - HA GIANG- QUAN BA - LONG CO - DON VAN - MEO VAC 


Sesuatu yang mengejutkan Aprilfool !!! . sejarah dalam hidup dapat menyaksikan bentuk mukabumi ciptaan Allah yang amat cantik bila tiba di 5 Daerah ini. Seawal pagi Pak Eid dan Taqril dah mula gerak meninggal bandar Ha Giang menuju Quan Ba sejauh 50 km. Kabus tebal mengiringi kami di tanah tinggi ini. Namun jentera Honda Furtune ini masih gagah membelah gunung dan lurah diwilayah ini. Jalan yang dilalui selebar 3 meter diatas puncak gunung amat sukar sekali untuk berselisih dengan lori lebih lebih lagi bila mengekori dari belakang untuk memotongnya.






Pemendangannya amat memukau hati setiap pengembaraan






Wilayah Quan Ba merupakan tempat yang paling cantik sepanjang perjalanan ini. Di mana 2 buah bukit berbentuk bra yang dapat dilihat dari puncak gunung ketika mendaki.



2 Bukit yang berbentuk bra ada cerita tentang kejadian ini
Setelah puas menikmati Nui Doi Quan Ba ( Bukit berbentuk bra ) saya dan Taqril meneruskan perjalanan ke Don Van. Don Van pernah digelar ditulis didalam internet sebagai Hidden Himalayan. Satu satunya wilayah diasia tenggara yang menyerupai bentuk mukabumi seperti di Himalaya yang mempunyai Geo Park yang diwartakan oleh Unesco.





Lihatlah pemandangan di belakang saya amatlah mempersonakan.

Jalannya berliku-liku amat seronok kita lalui dilereng-lereng pergunungan.


Amatlah terpesona hati kami berdua  menghayati keindahan alam disini Pak Eid dan Taqril tidak banyak membuang masa disini kami hanya singgah mengopi disepanjang jalan dan makan makanan ringan roti dan kek . Tempat tuju kami adalah Long Co. 
Long Co adalah titik paling utara di Vietnam yang bersempadan dengan negara China. Harap kami tidak gelap sampai disana. Akhirnya apa yang kami hajati tercapai jam 5.30 kami sampai dititik paling utara di Vietnam iaitu Long Co.Pejalanan kesini amat memenatkan jalan yang sempit dengan tebing yang curam. Tetiba isyarat pada meter minyak menunjukan hampir habis dan kami terpaksa singgah dikedai runcit untuk topup minyak. disini tidak ada stesen minyak.












Setelah bergambar di titik utara Long Co kami meneruskan perjalanan ke Dong Van. Bandar Dong Van adalah sebuah bandar dibawah kawalan tentera Vietnam. Kerajaan mensyaratkan sesiapa yang masuk dan mahu bermalam disini harus membuat permohnan permit.Setibanya disini kelihatan banyak polis atau tentera berkumpul dibandar dan dihadapan hotel-hotel. Bang Eid dan Taqril tidak membuat sebarang permit ketika masuk ke Ha Giang hingga ke Dong Van. Olehitu kami cuba mengelakkan dari sebanrang pemeriksaan polis dan tentera. Olehitu hasrat bermalam di Dong Van di batalkan oleh kerana tidak membuat permit.

Kami berdua meneruskan perjalanan ke bandar Mao Vac . Dalam perjalanan rupanya kami akan melalui Ma Pi Leng Pass. Aduhh. sayang sekali hari sudah gelap . Tidak dapat merakamkan sebarang foto disini. Dalam hati pagi besok mesti patah balik ke sini untuk bergambar. Sampai di Mao Vac sudah gelap hampir jam 8.00 malam. kami pun masuk untuk Check in. Apa yang berlaku pada kami berdua amatlah memeranjatkan. Kami juga terpaksa dibawa kebalai Polis . Urusan itu Bang Eid serahkan pada Taqril. Apa yang terjadi dengan dia bang Eid tidak tahu, hanya Taqril Seorang ke balai Polis. Rupanya dia dipanggil kebalai untuk membuat permit. Alhamdulillah permit dikeluarkan dengan bayaran 10USD.

Keesokan paginya kami membuat keputusan untuk berpatah balik ke Ma Pi Leng Pass untuk bergambar dan terus checkout hotel ke destinasi seterusnya.

Ma Pi Leng Pass 

Ma Pi Leng Pass


Ma Pi Leng Pass

Permit memasuki wilayah Dong Van , Mao Vac dengan bayaran 10USD . Permit ini pihak hotel yang uruskan di Balai Polis 

Cerita bersambung ke episod seterusnya....

3 comments:

  1. ma pi leng..mencuit rasa hati saya pak eid..
    byk prosedur di vet6 pak eid tak kongsikan disini..terutama bab permit msk daerah

    BalasPadam
  2. Rasanya jawapannya telah ditulis diatas.

    " Apa yang berlaku pada kami berdua amatlah memeranjatkan. Kami juga terpaksa dibawa kebalai Polis . Urusan itu Bang Eid serahkan pada Taqril. Apa yang terjadi dengan dia bang Eid tidak tahu, hanya Taqril Seorang ke balai Polis. Rupanya dia dipanggil kebalai untuk membuat permit. Alhamdulillah permit dikeluarkan dengan bayaran 10USD."

    Proses Permit :

    1. Dengan bantuan pemilik hotel
    2. Buat dibalai polis berhampiran.
    3. bayaran permit 10 usd

    BalasPadam
  3. My Adventure Malaysia
    Pengalamam ride yang perlu dijadikan panduan.terbaik

    BalasPadam