Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 7 -DAY 3/ LAOS)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 7 -DAY 3/ LAOS)

15HB SEPT 2015
NONG KHAI - VIENTIANE - VAN VIENG
183KM/3Jam 10Minit.

Hari ini merupakan hari terpenting yang akan menentukan samada apa yg saya rancangkan semanjak dari tahun 2014 bakal menjadi kenyataaan atau pun tidak.

Lebih kurang jam 8.00am,tren yg saya naiki dari Hualampong,Bangkok selamat tiba ke destinasi terakhir iaitu di Nong Khai Railway Station.Setelah semua penumpang turun,saya terus ke tempat motorsikal saya  diturunkan dihujung landasan tanpa sesiapa yg menguruskannya untuk saya tolak keluar dari platfom tersebut.
Disini saya menghadapi satu masalah,bilamana titi kecil untuk penumpang menyeberang ke platfom sebelah telah dialihkan.Saya pun menunggang motorsikal saya dr hujung ke hujung landasan,akhirnya seorang kakitangan stesen yg nampak aksi saya  telah mengarahkan saya kembali ke bahagian depan semula utk menyeberang dgn menggunakan titi kecil yg telah diletakan semula untuk saya keluar dari situ..legaa.
Setelah keluar dari kawasan stesen,hujan rintik mulai turun..aduh!nak pakai maps camna..kang hujan lebat basahla hpyg baru saya beli utk ride ni.Saya teruskan sambil mengikut arahan dari signboard...dekat jer rupanya Komplek Pos imigresen dan kastam Nong Khai dari Railway stesen..rasa cam tak sampai pun 2km jaraknya(keluaq dari railway terus dlm 500m belok kiri dalam 500km lagi belok kanan 500km kat depan tu dah terbentang Komplek Kawalan)
Bila saya tiba dikawasan berdepan dgn Komplek kawalan,terdapat pengawal yg menjaga pagar tolak utk menghalang kenderaan masuk ke kawasan tersebut telah mengarahkan saya utk memarking motorsikal saya di bahagian belakang .Saya mengikut sahaja arahan yg diberi.
Setelah memarking motorsikal,saya pun membawa passport serta Kastam declaration form dari Dannok ke kaunter Passport Control,bila saya hulur je passport..pegawai bertugas cakap dia tak boleh chopkan,dan mengarahkan saya pergi ke bahagian passport Control untuk penumpang2 bas yg terletak didalam bangunan komplek tersebut.
Mak aii..panjangnya barisan,terpikir pulak masa tu..aku ni datang dgn motor,apesal nak kena beratuq dengan penumpang bus?Rasa tak puashati ..kebetulan pejabat ada dlm tu,saya terus masuk jumpa pegawai dlm tu..nasib baik pegawai tu pun baguih,saya terangkan masalah saya kemudian dia kata * Takpa mai semua dukumen hang kat aku..jom ikut aku p kat pos tadi..mana motor hang?saya bagi tau..ada kat belakang banggunan..dia kata hang p ambik bawak mai sini sambil memberi arahan kepada officer yg kat dlm pos tu settlekan saya punya...saya pun p ambik motor bawah p kat Pos tu..officer yg kat dalam tu saya tengok mcm buat gheja tak ikhlas,lepas settle semua urusan kat situ,saya p jumpa balik pegawai tadi untuk ucap terima kaseh dan dia pun bagi ucapan selamat jalan kat saya...kosong-kosong
settle dah satu masalah.
Sorii..tang sini takdak gambaq nak bercerita...hangpa baca sudah,ni semua kisah benar buak reka2 utk bg seronok.
Hujan masih turun dgn rintik2 halus,saya terus bergerak untuk menyeberangi Sungai yg menjadi penghubung antara  dua negara berjiran iaitu Sungai Mekong.Dapat snap gambaq sekeping kat sini..untuk hangpa tengok.

Akhirnya saya tiba ke Komplek Imigeren dan Kastam Thanaleng Laos,satu tempat yg menjadi kegerunan para rider untuk masuk ke Laos,alasan takut kena paw..kena paw ke idak,saya tetap nak terjah...saya terus parking disebelah kanan,kebetulan pulak banyak kereta vip parking di situ.
Saya terus ke Pos kawalan utk mengechop passport.
Peraturan proses di sini tidak sama seperti kita memasuki border sempadan Malaysia -Thai..yg agak mudah dan ringkas.Di Laos kita kena banyak bersabar sbb mmg aturkerja depa berserabut..takde sistem senang cakap noo. Ini teman bagitau..nanti hangpa nak mai Laos senang sikit.
-Mula hangpa bagi passport dgn  copy geran motorsikal
-depa bagi sekeping white card..hangpa isi sendiri pastu bagi balik kat depa
-pastu depa bagi satu keping A4..isi maklumat pasai motor hangpa..isi ja apa yg kena isi..aku pun dah lupa apadia yg aku isi,pastu bagi balik kat depa..hangpa tunggu dia key in dlm pc..depa buat gheja lambat check oii
-bila dah siap depa isi,depa bagi satu surat suruh hangpa p mengadap boss besar imigresen kat bangunan sebelah kanan..bilik nombot 105 kalo tak silap la..p situ kira nasibla,kena hat baguih mmg cun la..kena hat banyak songeh..mau sengeh lebih2 bg depa boring.

Boss tu akan bagi satu form A4 warna hijo sebagai tanda kebenaran bawak masuk motor dlm negara depa..surat tu hangpa kena simpan elok..nak kena bagi balik masa nak keluar dr Laos nanti..takdak surat tu..mampuih hangpa kena denda..denda depa bukan sikit2 mak oooi
-Dah dapat surat tu p balik kat tempat pos hat mula2 tadi..tunjuk surat ijo tu..baru depa chop passport hangpa...kena bayaq la..pastu depa bagi balik passport dgn surat ijo ngan hat hangpa isi tadi..semua tu simpan kemaih kemaih.
-paih tu p bagi kat kastam yg duk bertegek kat depan pos tadi..depa nak check dokumen yg hangpa dapat.
-Paih tu p kat bangunan sebelah kanan tadi..p beli insuran laos pulak
Settle semua urusan tadi..secara rasminya saya dibenarkan ride dalam Laos...yahooo misi teman berjaya tanpa karenah birokrasi..amin
Target paih ni...hat ni laa




1 comments: