Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS -THAI(PART 13 - DAY 8 /R 2196 & PHU HIM RONGKHLA

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS -THAI(PART 13 - DAY 8 /R 2196 & PHU HIM RONGKHLA

20HB SEPTEMBER 2015

KHAO KHO - ROUTE 2196 - PHU HIN RONGKHLA

Alhamdulillah..setelah penat dan berpanas terik seharian dijalanan,di Khao Kho saya dapat menginap disebuah resort yg amat cantek pemandangannya berlatar belakang banjaran gunung.
walaupun ianya agak mahal tetapi bagi saya nilainya sepadan dengan apa yg diberi.
Hari ini saya akan menerokai beberapa lokasi menarik disekitar route 2196 dan juga ke Phu Hin Rongkhla yg saya gagal singgah semalam.
PHU SAI FA RESORT
GAYA KENA ADA
Setelah selesai semua pekara yg perlu lakukan setiap pagi,lebih kurang jam 7.30 am saya mulai keluar dari Phu Sai Fa Resort menuju ke Route 2196  terkenal dengan keindahan Oceancloud semulajadi.Sepanjang perjalanan di kawasan situ,kita pasti akan terleka dengan keindahan suasana terbit matahari pagi.
Disamping itu  suasana resort-resort yg didirikan mengikut ciri-ciri Eropah seolah -olah mengambar persekitaran seperti berada diluar negara.











Lokasi pertama oceancloud yg pertama saya singgah ialah berdekatan dengan Pos office,terdapat ramai terutama rakyat tempatan yg mendirikan khemah di kawasan tepi bukit untuk menyaksikan proses pembentukkan oceancloud.



Lokasi ke dua saya singah disatu kawasan berjambatan yg kelihatan juga meriah dengan kehadiran org ramai disamping terdapat banyak gerai menjual pelbagai barang
Lokasi ke tiga yg saya singgah ialah dikawasan yg disebut sebagai khao kho Memorial Park .
Untuk sampai kesini saya terpaksa mengharungi cabaran menunggang mendaki bukit yg cukup tinggi sebelom tiba di satu kawasan yg terdapat satu binaan tiang yg terpacak tinggi dan dibelakang kawasan tersebut terdapat kubu lama tentera yg dijadikan sebagai satu lokasi utk dilawati.

Disebelah luar kubu lama tersebut,saya dapat menyaksikan kejadian oceancloud yg meliputi kawasan antara bukit2 yg ada dibawah tempat saya berada menjadi seperti satu lautan yg luas.

Dikawasan Memorial park tersebut juga terdapat sebuah muzium yg dikelola oleh pasukan Tentera Thai iaitu Weapon Museum,disini semua jenis senjata dan beberapa kenderaan tentera yg telah lama dijadikan bahan pameran utk org ramai.





 Setelah habis melawat muzium tersebut saya terus bergerak kebawah mengikut laluan yg saya datang tadi untuk menunu ke destinasi ke dua untuk hari ini iaitu Taman Negara Phu Hin Rongkhla yg terletak hampir  60 km dari kawasan Muzium tadi.
Sambil itu saya singgah sebentar di satu kawasan resort yg dinamakan sebagai SwissHome utk mengabadi kenangan dikawasan luar resort tersebut





Sebelom ke Phu Hin,oleh kerana masa untuk check out hampir tiba,saya terpaksa balik semula ke resort untuk memaklumkan yg saya akan bermalam disitu untuk sehari lagi,setelah selesai,saya terus bergerak ke sana.Perjalanan yg jauh tidak terasa mengenangkan misi pertama tadi telah berjaya dgn begitu baik sekali.Cuaca amat baik sekali,setelah hampir 1 jam 30minit  saya pun tiba di Pos kawalan Jabatan Taman Negara PHR,untuk masuk kesitu saya dikenakan 2 charge iaitu charge sebagai pelancung dr luar dan juga untuk motorsikal,warga tempatan juga akan dikenakan charge yg sama cuma berbeza dari segi bayaran sahaja.
Saya terus maju kehadapan sehinggalah tiba dikawasan pentadbiran PHR utk bergambar dihadapan Batu Tanda PHR.

 Didalam kawasan PHR tersebut terbahagi beberapa kawasan atau blok untuk dilawati,oleh kerana kesuntukan masa saya memilih untuk melawat di blok kawasan yg dinamakan sebagai Lan Him Phun yg terkenal dengan rupabentuk batu2 seperti telor dinosour.
Semasa saya sedang berunding dgn seorang tour guide untuk masuk kedalam,saya berkesempatan untuk beramah mesra dengan para biker dari Bangkok yg kebetulan tiba disitu,dengan bantuan salah seorang dari mereka segala penerangan oleh tour guide dapat saya fahami,kemudian sebelom saya masuk kedalam dan grop motorsikal tersebut berlalu,saya sempat mengabadi sekeping gambar bersama mereka.

 Kini misi yg kedua pun bermula,menapak menerokai bersama tour guide dan dua org cucunya yg cute dan peramah membuat saya tidak merasa keseorangan,satu persatu lorong dan batu yg berbentuk berbagai rupa dan pelbagai cerita  yg dikisahkan kepada saya oleh tour guide akhirnya kami tiba dikawasan yg dikatakan batu telor dinosor.













hanya perkataan *subhanallah* yg pertama keluar dari mulut saya dikala melihat keajaiban kejadian batu2 tersebut.itula kelebihan yg diberi pada bumi Thai utk kita lawati.Hampir 3 jam saya berada didalam  keseluruhan kawasan.Setelah selesai melawat seluruh kawasan tersebut saya pun menjelaskan upah utk tour guide sebanyak 100tb,dimana menurutnya cukup dengan apa yg saya beri,malah cucu2nya juga memdapat saguhati berupa kesemau wang siling thai saya beri pada mereka berdua.
Maka berakhirla misi saya utk hari pertama di Khao Kho dan di PHR(Lan Him Phun)




1 comments:

  1. Tahniah Abam Idros. Sempoi nohhh...ghupanya cik pandai karang cerita nohh

    BalasPadam