Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART14 -DAY 9 /KHAO KHO -CHAIYAPHUM)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART14 -DAY 9 /KHAO KHO -CHAIYAPHUM)

21HB SEPTEMBER 2015

KHAO KHO - KHAO KEAN - CHAIYAPUM(380KM)

Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Khao Kho.Jadual perjalanan untuk hari ini juga padat seperti hari2 sebelomnya.
Jarak  250km perjalanan dari Khao Kho ke Kho Kean sahaja saya akan singgah ke beberapa lokasi yg menarik.
Tepat jam 7.00am saya sudah bersedia mengemas semua barang utk check out dari resort,terasa sedih juga dihati setelah berada di situ selama 3h2m.
Lokasi pertama saya pagi ini ialah ke Pino Latte yg hanya terletak  tidak berapa jauh disebelah belakang kawasan resort yg saya tinggal.Ia merupakan satu lokasi baru untuk menikmati pemandangan terbit matahari pagi.Untuk sampai ke sini saya terpaksa melalui laluan berbukit dimana terdapat sebuah rumah ibadat buddha.,apa yg menarik disini ialah corak binaan dan juga patung buddha 5 beradik.

Ketika saya tiba dilokasi Pino Latte,hanya terdapat beberapa org sahaja yg sedang menunggu detik2 terbitnya matahari disitu,ia memberi keselesaan untuk saya mengambil beberapa keping menarik gambar disekitar kawasan tersebut.







Kemudian saya pun beredar untuk ke satu lagi lokasi yg terletak agak  jauh dari Pino Lattle.
Kali ini saya akan singgah untuk menyaksikan keunikan binaan tiang2 yg menyokong sebuah jambatan yg dibina untuk menghubungkan jalanraya antara dua buah bukit.Lokasinya amat mudah untuk dikesan kerana terletak dihadapan sebelom selekoh.Memang disediakan satu kawasan letak kenderaan di kawasan tersebut seumpama sebuah hentian sebelah.
Disebelah kanan jambatan terdapat juga satu lokasi untuk menyaksikan matahari terbenam dr atas jambatan tersebut.




Lokasi seterusnya ialah ke Sunrise View Point yg terletak dilaluan Taman Negara Nam Nao.Laluan disini agak sunyi dengan kenderaan dan dikelilingi dengan hutan tebal.Untuk ke SRVP ini saya terpaksa masuk melalui laluan bertanah merah,lebih kurang dalam 50m dari tepi jalan utama.Lokasinya agak suram sbb didalam hutan dimana dikawasan tersebut terdapat satu binaan Patung Buddha bersaiz sederhana tinggi dan besar.

Untuk menyaksikan pemandangan dari kawasan tersebut,disediakan satu binaan dimana dipuncaknya terdapat sebuah pondok untuk didaki melalui beberapa tingkat anak tangga yg disediakan.






Berada diatas mmg terasa seronok menyaksikan suasana menghijau disekitar bukit tersebut,cuma agak seram apabila angin bertiup menyebabkan pondok tersebut bergoyang - goyang.




Selesai tugas disitu,saya teruskan ride menyusuri jalan menuju ke Kho Kean,dimana kali ini saya akan melawat Muzium Dinosor yg terletak 50km dari Bandar Kho Kaen.Memang terasa jauh utk tiba ke lokasi tersebut.Akhirnya saya tiba juga diMuzium tersebut,malangnya saya dihalang untuk masuk kerana hari isnin adalah hari penutupan muzium tersebut.
Saya membuat rayuan  dan terus merayu supaya dibenarkan untuk mengambil gambar diluar kawasan muzium sahaja.Akhirnya rayuan saya dibawa kepengetahuan pehak atasan muzium dan lalu diberi keizinan bersyarat oleh pegawai muzium.Dapat la saya bergambar dgn beberapa replika dinosor yg terletak diluar kawasan dewan pameran utama.







Setelah selesai misi disitu,saya menghala pulak untuk ke Bandar Kho Kean untuk menunaikan solat jamak di sebuah masjid yg terdapat disitu,tapi sayang saya gagal mencari lokasi masjid tersebut mesti pun dengan bantuan gogle maps.



Kemudian saya terus bergerak untuk ke destinasi terakhir untuk hari itu,iaitu Bandar Chiyaphum.Sebaik sahaja saya meninggalkan Bndar Kho Kean hujan turun dengan lebat sehingga memaksa saya berhenti berteduh di 7- e selama satu jam,akhirnya terpaksa juga meneruskan perjalanana meredah hujan  yg tidak mahu reda sehinggala jam lebih kurang jam 9.00pm baru saya tiba di sebuah resort yg terletak didalam kawasan bandar Chaiyaphum.Tiba disitu dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan yg amat sangat kerana telah meredah hujan sejauh 130km ..nasib baik tiada apa2 ygt berlaku sepanjang perjalanan meredah hujan dari Kho Kean ke Chaiyaphum.

ok rehat dulu

3 comments: