Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 15 -DAY 10 /CHAIYAPHUM - AYUTHAYA)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 15 -DAY 10 /CHAIYAPHUM - AYUTHAYA)

22HB SEPTEMBER 2015

CHAIYAPHUM - AYUTHAYA (291KM)




Perjalanan kembara solo saya untuk hari ini. hanya melibatkan satu destinasi sahaja.
Terletak hampir 50km dari resort  yg saya tinggal.Oleh kerana misi pagi ini saya akan pergi  dan balik semula ke resort,saya memilih untuk keluar awal sebelom  jam 7.00am.
Tempat yg dituju ialah Stonehange di Kaset Sombhum.Sekitar jam 8.30 saya tiba ke lokasi tersebut memang sunyi sbb masih awal pagi.Dari jalan utama untuk msk  ke Stongehange lebih kurang dalam 150m.


Kawasan sekitar Stonehange masih lagi dalam proses pembinaan terutamanya pembinaan tempat parking kenderaan.Mungkin tidak lama lagi selepas siap sepenuhnya projek tersebut,satu jalan mini tar akan dibina dr jalan utama,bg memudah kenderaan pelawat utk masuk ke situ.
Terpegun itu lah yg boleh saya gambarkan..ketika menjejakan kaki ke situ.


Setelah berakhir sesi bergambar disitu saya bergegas untuk pulang semula ke resort utk memgambil barang2 yg saya tinggal tadi
Perjalanan seterusnya ialah menuju ke Ayuthaya.Oleh kerana ia merupakan satu perjalanan yg tiada lokasi utk disinggahi,saya mengambil keputusan untuk menunggang secara santai sahaja.
Hanya singgah kadang2 di 7e untuk membeli makanan dan minuman.Untuk perjalanan ini saya menunggang dibawah terik matahari, perasaan lapar dan dahaga memyebabkan  saya dapat menghabiskan 6 biji burger dan 2 botol air mineral. 
Dalam perjalanan tersebut saya telah singgah digerai jagung manis rebus sebagai bekalan makanan ketika tiba di Ayuthaya nanti.
Saya tiba di Ayuthaya sekitar jam 6.00pm dan saya menginap di Chantana Guesthouse yg berharga 450tb.

Oleh kerana saya tiba awal sebelom malam,saya mengambil masa yg terluang di waktu malam untuk meninjau lokasi Ayuthaya Historical Park.


Kemudian saya sempat lah meronda dibeberapa bahagian Bandar Ayuthaya yg terletak berhampiran dgn resort yg saya duduki


0 comments:

Catat Ulasan