Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » One Heart Ride Part 4 [Peninsular Malaysia]

One Heart Ride Part 4 [Peninsular Malaysia]


Siri ke 4 ini masih berkisar di kwsn Negeri Jelapang padi..

Manusia dan Alam tidak boleh dipisahkan
View sunrise di kwsn bukit amat mempersona dan tempat ini berada di pertengahanantara Jitra dan kg saya di Padang Balai.

Lokasi Bukit Berapit dekat kem PLKN perik.



Berkabus juga seperti di Phetchabun Thailand.
Tempat ini sudah biasa buat Pak Eid kayuh gerek dan amat memenatkan.
Depa namakan gon lengoh..

Memulakan perjalan seawal 9 pagi untuk ke Puncak Kedah.
95 kilometer daripada rumah saya di Padang Balai ke kaki Gunung Jerai dan 16 kilometer tambahan  jika mahu ke puncak

Foto di exit Jitra


Pandangan daripada PLUS hiway di Kota Sarang Semut menuju Gurun...
Jelas kelihatan puncak kedah diliputi awan nano..

Beberapa meter menghampiri kaki Gunung dan jika anda dari Gurun bolehlah tapau Jagung rebus yang banyak di jual ditepi jalan buat bekalan semasa di puncak Jerai.


Jalan masuk ke kaki Gunung Jerai
Sign ini berhadapan  surau...




Pendakian mengambil masa hampir 40 minit..santai melihat panorama  alam yang mempersonakan..
Berhenti di km1 bergambar.



Dah mula buat perangai panjat  batu 1km
Praktis dulu sbb target nk panjat batu puaka nanti.


Sejuk,segar,nyaman
Bunya mekar berseri menghiasi sekitar guest house.

986 meter dariarad laut...belum sampai tahap loya pening atau muntah..
Dahulunya disini ada teropong utk melihat kwsn sawah padi di bawah sana....

Pokok sekeliling dah tinggi dan besar setelah 27 tahun saya tidak melihatnya...


Jadi mat bunga sekejap

Puncak Kedah Restauran
Jom makan ,apa yang special disini.

Pekena Mee rebus tulang dan inilah yg special disini...mantap
Anda boleh mencubanya


Jumpa lagi rakan fb yg baru nk bersua muka..
Saudara Nazri lee[t shirt hijau] dan rakanya
Itulah.....   ride silaturrahim namanya
Jumpa kwn dari mula ride hingga ke boder.


Selesai sudah kembara Puncak Jerai.

Hari ini bermalam di A.setar pulak,rumah Mertua jwbnya.


Pertemuan seterusnya bersama Bob Gold Wing dan Pak Syed Mohamed Idid,
Juga pertemuan pertama kali face to face dan sebelum ini hanya melalui whattapp group dan fb sahaja.
Dipertemuan inilah saya mendapat kepastian dari Bob yang dia akan ikut saya ride ke IndoChina menggunakan kapcai.
Bertanyakan Bob apa persiapan anda?
Kata nya Moto dah ada,Honda Future merah kat depan tu...
Ohhhh..yang merah tu ke,tanya saya...
Keliaaa...

Katanya 80%  jadi sebab buku merah sudah renew,moto dah ada dan tunggu dapat green light dari wife aja..ujar Bob.


Happy go lucky
Inilah Bob Gold Wing
Owesome

Otai masih berbisa
Pak Syed Mohamed Idid
Orang kuat SYM scooter team

#Merdekaride2015 

Saya menamakan pengembaraan yang akan ke IndoChina  sebagai Ride 1 Hati sebab kami menggunakan jentera dari branded yang sama ,CC yang sama,tujuan yang sama,matlamat yang sama,sehati sejiwa.
Repeat Ride ke Borten


 

#Merdekaride2015 meninggalkan tanahair menuju Thailand .

Bersambung di ride seterusnya..

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

3 comments: