Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART II - MELELEHHH )

RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART II - MELELEHHH )

RIDE JUBOG BESI KE UTARA VIETNAM ( PART II - MELELEHHH )
30hb Mac 2015- Hanoi - Bandar Sapa Perjalanan ke Bandar Sapa bermula dengan keretapi jam 10.00 malam dan tiba di Bandar Lao Cai Jam 8.00 pagi dengan cuaca yang amat dingin sekitar 12' C . Kebanyakan penumpang terdiri dari pelancung Eopah dan sedikit sangat orang Asia dalam train ini. Tida makanan halal didalam train. Perut amat lapar hanya roti yang kami beli buat bekalan didalam keretapi. Sampai sahaja dibandar Lao Cai kami pun singgah untuk pekena kopi Vietnam yang amat popular kepada pelancung. Rata-rata di pekan atau bandar cara mereka bersantai menikmati minuman kopi di tepi jalan
Jalan ke Bandar Sapa adalah pendakian tanah tinggi, umpama kita melalui Simpang Pulai ke Tanah Rata. Kabus menyelubungi jalan sehingga tiada gambar yang cantik bang Eid dapat rakamkan . Dengan mudah jentera Honda ini meratah selekoh tajam dan mendaki.


Selain dari pemandangan yang cantik disepanjang perjalan di tempat hentian rehatnya di tunggu oleh kaum asli disana (Hmong) untuk menjual pelbagai cenderahati buatan tangan mereka. Sampainya di sapa bang Eid dan Taqril terus ke Cat Cat Village untuk menikmati air terjun yang sangat cantik.
Setelah puas merakam gambar di air terjun Cat Cat kami balik ke bandar Sapa untuk mencari hotel. Alhamdulillah yang termurah 10 USD Hotel Aseana yang terletak di atas puncak bukit. Fuhh penat gila mencari lokasi Hotel ini kerana didalam Google Map tersalah lokasi dan terpaksa bertanyakan orang . Berehat sambil menyediakan makanan tengahari yang dimasak sendiri didalam bilik hotel. Sebelah petangnya kamai meneroka lagi lokasi air terjunnya dinamakan Silver Waterfall yang terletak 15 km dari bandar Sapa. Tingginya air terjun ini . Pendakian ke puncaknya amat memenatkan. Satu demi satu anak tangga didaki barulah sampai kearas yang kedua tertinggi dan tak sanggup lagi nak kepuncaknya.


31hb Mac 2015 - Sapa ke Ha Giang 230 KM Bagaikan berat meninggalkan Bandar Sapa yang nyaman suhunya mencecah 8' C dipagi hari. Namun apakan daya masa amat cemburu perjalanan terpaksa diteruskan juga. Jam 8.30 pagi bang Eid dan Taqril meninggalkan bandar Sapa menuju ke Ha Giang . Kabus menyelubungi sepanjang perjalanan . Destinasi pertama kami singgah adalah sempadan Cina di Lau Cai ia itu Cheng Qu Cun. Peristiwa sakit perut di kompleks Imigeration ini tak dapat dilupakan. Tandas mereka tidak dibekalkan paip mencuci hanya kertas tisu. Dalam keadaan darurat ini petugas cuci tandas dicari untuk membantu menyedaikan satu baldi air hahahaha..... Disini kami hanya bergambar sebagai kenang kenangan disempadan tidak menyeberang kerana ketiadaan visa.
Perjalanan diteruskan ke Ha Giang , melalui bandar Yen Binh dengan offroad 30 km sebelum tiba di Viet Quang. Persimpngan dari Viet Quang melegakan kami dengan jalan yang amat baik.
Jam 5.30 petang kami tiba di Ha Giang , pertama sekali mencari batu tanda 0 kilometer untuk bergambar. Mencari hotel di bandar Ha Giang tidak lah susah kerana terdapat banyak hotel pilihan disini. Maka dapatlah sebuah guesthouse dengan harga 250 ribu VND ( RM 43.00) . Berdebar rasa hati melihat tuan punya guesthouse takut sebab kami tidak membuat permit masuk ke wilayah ini yang disyaratkan kepada orang asing. Alhamdulillah selamat bila sebut nama Malaysia negara negara Asean.

2 comments: