TARIKH : 13HB - 27HB SEPTEMBER 2015
JENTERA : HONDA FUTURE 125CC
RIDER :BRADEROSE-ABGJP
EDISI :RIDE OF DREAM -2
PENGENALAN :
Selepas berjayanya Ride Of Dream edisi yg pertama menakluki laluan Thousand Corner &Golden Triangle,saya terus merancang utk meneruskan edisi Ride Of Dream yg ke -2 pulak,dan lokasi sasaran yg dipilih ialah Negara Laos.Diatas beberapa sebab yg tidak dapat dielakkan, dua rider ROD-1 telah menarik diri dari menyertai ROD-2,maka saya tiada pilihan lain selain dgn melakukan ride ini secara solo.
Saya memulakan langkah pertama,sejak dari awal tahun lagi untuk mendapat seberapa
banyak maklumat yg dijangka akan dapat membantu melancarkan perancangan saya.
Saya menghubungi dan berbincang dengan mereka2 yg pernah melakukan ride disana.
Sedikit sebanyak maklumat yg saya terima,dapat mengukuhkan lagi keinginan saya utk
ke Laos.
Akhirnya,masa yg ditunggu semakin hampir dgn tarikh yg ditetapkan.Sementara itu,saya
tetap cuba mencari pengganti yg baru utk menganti dua rider yg menarik diri dari awal lagi,
bagaimana pun dua rider yg seperti menawarkan diri pada mulanya utk bersama saya ,
juga terpaksa menarik diri atas alasan yg tertentu.Maka rasmilah saya terpaksa solo juga.
Persedian terus dilakukan,antaranya
- memperbaharui passport antarabangsa / photocopy geran motor/beli Insuran perjalanan/
menukar wang kepada bahthai.
Persediaan jentera antaranya:
- menukar minyak enjin / tayar belakang / memasang pengecas gajet / pemasangan top box
Wow...
BalasPadamRider kental
BalasPadam