Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » JELAJAH VESPA 1 MALAYSIA KE MEKAH @ 2

JELAJAH VESPA 1 MALAYSIA KE MEKAH @ 2

CHENNAI, INDIA


Assalamualaikum... Kita bersiaran semula setelah sekian lama kisah motor buruk ini tak keudara. Maafkan den sebab dah lamo x update, kojo banyak skrg ni haaa... Rezeki anak2, klau org tua2 cakap lah. Bagi saya lak, ini semua pemberian Allah swt.

Jadi, Dipendekkan sedikit cerita daripada sambungan kelmarin,... Ini lah cerita sebenar, bukan rekaan doh. Setelah motor kami dihantar ke Port Klang serta diuruskan Hj Assir, saya dah berasa amat pening kepala,. Mana tidaknya, duit dipoket ada sekadar beberapa ribu sahaja.

Mana nak cari duit, sedangkan motor akan sampai lebih kurang seminggu rasanya di Chennai, India. Dalam masa yg sama banyak perkara yg perlu diuruskan. Visa dah siap rasanya diwaktu itu, cuma visa Arab Saudi jer yg saya mengalami kesukaran. Pihak Wisma Putra pun sentiasa membantu dari masa kesemasa. Ada atau tidak perjalanan perlu diteruskan.

Pak Jie, Fareez, King, YDP Azman Apek, Nizam, Jibam, Malek serta rakan2 lan dari Kelab CBX Malaysia bertungkus lumus membantu saya mencari sumber income utk perjalanan ini. Payment kerja pun sangkut dgn bermacam macam alasan. Dimasa itu juga rakan dari Vespa Planet Gombak Kuala Lumpur terdiri dari Shauki, Redzuan, Hazrin, Rizqie serta rakan vespa modern turut tampil membantu dgn cara mereka sendiri. Tidak lupa juga bantuan yg tak ternilai tinggi nya dari Dato Syed Moheeb dan Dato Zamri Mohammed. Rakan vespa classic En Azrul dan Tuan Hj Harris turut sama membantu saya dikala saya susah ketika itu. Ramai juga rakan serta sahabat yg saya xdapat nak sebutkan satu persatu, maaf diucapkan. Jasa kalian tetap dikenang sehingga akhir hayat ini.

Nak dijadikan cerita, lagi 3 hari kami nak flight ke Chennai, India,.... Duit masih tiada ditangan, Ya Allah... kepala rasa macam nak pecah waktu itu.. Rumah yg hendak dijual masih tiada buyer disebabkan faktor geran tanah tersebut. Segala macam solat sunat dilaksanakan. Bukan sedikit perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan impian ini. Apa lagi cara yg perlu saya lakukan? Buntu seketika.....

Tidak semena mena, dengan kuasa Allah swt.... tiba2 jiran kami yg pernah tinggal berhampiran dahulu menelefon menyatakan ingin membeli rumah saya di Gombak... Allahuakhbar. Alhamdullillah. Petang itu juga saya mengambil deposit seterusnya flight ke India. kami pergi berdua terlebih dahulu utk menguruskan segala dokumen dan proses mengeluarkan motor dari Port di Chennai, India.




Bersama Puan Zarina, Kedutaan di Chennai, India... Rakan di Chennai, En Din.

Beliau belanjo den makan, perghhh... baru 3 ke 4 hari dah rasa rindu kat Malaysia. Sedap lak tu Nasi Beriani geng... 




Terima Kasih Puan, Consulat General Di Chennai, India. 

Maaf, lupa nama lak... faktor usia den punya pasal kot.



Inilah sahabat yg menumpangkan kami dirumah beliau sehingga selesai urusan perjalanan di India... Bukan sonang geng... Kalau sorang dah den rodah yo... Ni reramai...

Terima kasih yg x terhingga pada En Hatta.





Sessi perbincangan sambil makan2 dirumah rakan2 sekerja pihak kedutaan.






En Hatta bergurau senda dgn Pak Cik "Mat Besi"












Sessi dialog org2 kuat kedutaan ni merangkap model2 "Royal Enfield" ...hihihi
Mereka bertiga ni org2 power yg menaikkan nama Malaysia dimata dunia.




2 org sahabat baik pencetus ride Jelajah Vespa 1 Malaysia Ke Mekah. 

Ayahnda den Rahim Bin Amat bersama "Pak Cik Mat Besi" 






 Makan lagiiii..
 Big boss Tourism belanja ohhh
 Terasa masakan Malaysia tu...
 Terima kasih semua



 Sessi jamuan dari pihak kedutaan...

 Terima Kasih atas layanan dan bantuan semua  rakan2 di Kedutaan Chennai, India




Sessi perbincangan bersama pegawai kedutaan berhubung laluan yang selamat diikuti termasuk segala saluran protokol yang perlu dipatuhi semasa di India.

  
Ini lah yang ditunggu2, setelah hampir 2 minggu di Chennai, India dgn pelbagai masalah birokrasi, telah berjaya kami harungi berkat kerjasama rakan2 di Kedutaan Chennai serta doa sahabat semua.
Bantuan daripada pihak kedutaan, juga org perseorangan juga kami ucapkan jutaan terima kasih. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu pengajaran kepada bikers yang lain agar sentiasa "keep in touch" dgn pihak kedutaan. Jangan bila susah jer cari mereka...hahahha


Dikonsikan sekali kedai makan milik rakyat Malaysia di Chennai, India



Nampak mato dem macam mano tak? Adoiii yai... Ini lah person incharge ehh.. Sistem pemprosesan dokumen masih lemah di Chennai. Dokumen mereka masih lagi diproses secara manual... Di Jabatan Kastam lahh... Sejibik macam cerita2 tamil dalam tv tu... Perghhh, seronok pun ada, nak marah pun ada... Tetapi, apa yg penting kenderaan den ado kek belakang tu.... Nak bawa keluar pun bukan senang kawannnnn.... Nak nangis ohhh... Rasuah masih berleluasa disana.. Ada wang semua boleh settled.... Check point pula dari stor nak keluar kawasan compound, ada lah dekat 6 ke 7 check point... kebanyakkan staff mereka berasal dari Nepal... Bahaso omputih hancur, bahasa india pun hampeehh ... lansung dia tak faham... kalau sesiapa tahu bahasa URDHU adalah satu kelebihan jika merantau ke tempat orang ni... Nasib baik, saya dibantu oleh Hj Assir ketika menghadapi masalah berhubung pengeluaran kenderaan saya.... "Your document wrong,...bla, bla...bla"... tetapi bukan dokumen yg menjadi masalah..... Duuiiiiiiitttt yo masalah ehhh... Hulooqqqq lah... semua boleh cowteam..... Pengajaran juga buat saya, bila mana, saya seorang diri mengeluarkan semua kenderaan saya dgn cara bergilir2 tolak keluar sekitar jarak 2 ke 3 km berulang alik... peserta lain tidak dibenarkan masuk..... Allahhuakhbar.... Ponek geng ouiii.


ISelepas keluar jer dari pintu besar Kastam, ingatkan masalah dah selesai..... Tetiba org tua saya berbisik dengan saya... "Along, ada sorang budak India badan besar tu nak "POW".... perghhhh...kawasan dah lah gelap, letih jgn cakap lah kawannn... huhu,,..   Saya dapat satu idea,... " Ini klau tak betul2, mau makn pisau gak kami nanti"....  "Ouiiii !!, apasal x jalan lagi ni, tolak cepat lah motor tu.... lembab gila" saya tengking peserta lain termasuk Big Boss ....hihihi...  


Yang best nya, org tu boleh tercengang lak, saya buat x nampak jer lah... sedang elok yang lain dah kedepan,.... boleh pulak Jobot MB31 nak bergurau... x nak hidup lak engine ehh.... adoiii. Kini, saya keseorangan, mana jalan nak pergi pun x tau,.. main redah jer lah tolak..... Lupa penat x hilang lagi, sebelum tu demam pun tetiba baik.... saya pun x fikir dah, samada gangster India tu kejar atau tidak.... takutt engkoooo... dia tetak kepalo nanti, perghhhh...

Ader roadblock pulak, redah jer... x pikir apa pun,... tau2 sampai hotel.... Alhamdullillah....
Lupa yg seharian x makan, lupa yg sebelum ni saya demam, lupa juga bahawa kami baru selamat disamun gangster.... sebab ehhh Vespa kesayangan didepan mata... Muaahhhhh.









Ok lah, saya pun dah x larat nak type ni, baru jap tadi siap pasang engine motor, letih sangat...esok nak kerja lagi.... Jam 2.30 pagi dah ni...Nanti bila2 free, baru saya start tulis ttg ride pula yea... Mukadimah dah selesai... Kalau tanya saya pasal itu ini secara detail, agak payah saya nak jawap. Sebab ehh, byk benda yg dah x ingat... bukan x nak share. Dokumen, billed, route perjalanan semua dokumen ada disimpan dalam satu beg besar... x sempat nak buka lagi sebenarnya... Tunggu saya jadi fulltime penulis, baru lah terbuka khazanah tu... 

Sehingga berjumpa dilain lembaran, maafkan salah dan silap kami yea... Terima kasih diucapkan kpd semua yg membantu secara lansung mahupun tidak lansung. Yang baik tu dari Allah swt dan yg buruk itu dari diri saya sendiri... Jumpa lagi utk episod ride pula selepas ini... On The Bike..

#mainvespabukanmainmainvespa
#aimprosamudra
WASALAM

8 comments:

  1. Along log in guna id email sendiri.
    Nama tertera di atas.
    Tahniah

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak... mcm mana buat pun saya x tau...hihihi

    BalasPadam
  3. Terima kasih kak... mcm mana buat pun saya x tau...hihihi

    BalasPadam
  4. Wàhhh....semua dah pandai mengarang
    Tahniah Along. Segala memory akan tersimpan disini. Jika kita tidak menulis kenangan tidak dapat diabadikan dalam bentuk penulisan.

    BalasPadam