Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » , » RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 11 - DAY 4/LAOS+ THAI)

RIDE SOLO BERKAPCHAI LAOS - THAI (PART 11 - DAY 4/LAOS+ THAI)

18HB SEPTEMBER 2015
LUANG NAMTHA - CHIANG KHONG - PHI CHI FA(430KM)

Hari ini merupakan hari terakhir saya akan berada di bumi Laos.Semalam saya dibelenggu dengan masalah utk membuat dua pilihan,samada keluar dari Laos melalu pintu Pak Beng - Nan utk mengelak dari terkena paw atau keluar melalui pintu Huay xay - Chiang khong yg terkenal dengan friendship bridge dan juga tempat paw paling digeruni oleh kalangan rider2 dari Malaysia.
Setelah mengambil kira
- jarak perjalananan antara L.uang Namtha - Pak Beng hampir 250km
- jarak perjalanan antara Luang Namtha - Chiang Khong hampir 200km
-baki duit laos masih lebih ditangan dan cukup untuk membayar duit paw
WANG KIPS LAOS
Maka saya memilih untuk keluar melalui Chiang khong.
Oleh kerana perjalanan hari ni akan berlarutan sehingga hampir 500km,seperti biasa saya akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi juga bekalan utk perjalanan.Selesai sahaja Solat Suboh saya sudah bersedia untuk bergerak,tapi malangnya pintu pagar  guesthouse masih ditutup
PAGAR MASIH BERKUNCI WALAU PUN DAH CERAH
,terpaksa menunggu sehingga jam 8.00am baru pagar dibuka oleh tuan punya GH.
Tuan punya G/h mempelawa saya untuk bersarapan pagi bersamnya tp saya menolak kerana saya harus bergerak mengikut jadual yg telah ditetapkan,selepas berbual dan bergambar saya terus meninggalkan g/h tersebut.
BAHG.DEPAN ADOUSIRI G/HOUSE
Perjalanan menuju ke Chiang Khong amat selesa dengan  ada sistem jalanrayanya yg baik,sepertimana yg sebelom ini route ini juga akan melalui kawasan bukit2 tinggi yg mempunyai selekoh2 yg amat menarik.Cuaca hari ini amat baik dengan langit kelihatan biru ke biruan.
Route ini tiada dijadualkan saya akan singgah melawat mana2 lokasi menarik,hanya ride dan terus ride sehinggalah akhirnya saya tiba buat kali pertama ke Friendship brigde  yg menyambungkan antara dua negaraberjiran iaitu Laos dan Thai.
Sewaktu saya tiba diluar kawasan Pusat Pemeriksaan Imigresen dan Kastam Laos(PPIKL)langit mula kelihatan hitam memberi tanda hujan akan turun bila2 sahaja.
BATU HITAM SEJARAH DUA NEGARA DI LUANG NAMTHA
Memasuki ke PPIKL KELIHATAN amat lenggang..hanya saya seorang yg akan berurusan dikaunter .Urusan di PPIKL,saya rasa agak mudah dan pantas kali ini,cuma serah passport dan Surat kebenaran kastam berwarna hijau dan disuruh membayar 1000tb untuk kereta polis eskort ke PPIKT pulak.
* kISAH MENARIK:
                                  Semasa saya diberitahu oleh officer wanita,yg saya kena membayar 1000tb utk escort ke PPIKT,saya terus mengeluarkan kesemua duit kips yg saya ada,untuk diambil sendiri oleh officer tersebut,Saya terkejut sbb officer tersebut hanya mengambil 50000kips(RM22),Saya bertanya pada officer tu..cukupka duit yg dia ambil,dia kata cukup..saya pun terus simpan balik duit dlm dompet.
Seperti yg saya buat pengiraan sebelom keluar dr g/h...duit Laos tidak akan berbaki lagi pada saya selepas selesai urusan di PPIKL...Lantak kedia la..dia yg ambik sendiri.
Setelah kereta escort telah siap sedia,saya pun mengekori dari belakang menyeberangi Friendship bridge sehinggalah ke Pintu Masuk ke PPIKT pula.
Kalau di PPIKL keadaan lenggang,macam tu la juga keadaannya di PPIKT,cuma proses disini agak rumit dan memakan masa..kena buat ini,kena buat itula..siap kata saya mungkin tidak dibenarkan keluar melalui situ disebabkan salah satu form tak ada,dan mungkin disuruh patah balik ke PPIKL Thanaleng atau dikenakan denda oleh pehak kastam...saya sendiri pun tak faham prosedur apa yg tak kena..form apa yg dimaksudkan.
Bagaimana pun akhirnya semua proses Imigresen dan Kastam selesai dengan elok tanpa sebarang komplen dari pehak kastam sendiri.
Sebaik sahaja selesai urusan di PPIKT Chiang Khong,Hujan turun dengan lebat,mahu tidak mahu saya terpaksa bergerak segera keluar dr PPIKT utk mengelak sebarang masalah berbangkit lagi.Saya pergi berteduh tidak jauh dari situ di satu kawasan pembinaan rumah kedai yg telah siap sehinggalah hujan kembali redah lebih kurang sejam selepas itu.
Destinasi saya seterusnya ialah ke Phu Chi Fa yg terletak didalam kawasan pentadbiran Chiang Rai.Terletak lebih kurang 65km lagi utk sampai.Sambil meredah hujan yg masih turun renyai saya berhenti disebuah kedai Hp untuk menukar dan menambah nilai simkad Laos kepada Simkad Thai.
Kemudian terus menyusuri jalan sehingga la tiba disatu simpang sebuah pekan terus belok ke kiri dan memulakan pendakian ke atas.
SIGNBOARD KE DOI FA TANG
Sungguh tidak terbayang sama sekali begitu tinggi untuk sampai ke bahagian paling atas,terpaksa menggunakan kesemua gear yg ada.Akibat hujan telah turun sebelom saya tiba,kelihatan pembentukan  tompok awan kabus mula terjadi.Saya tidak melepaskan peluang merakamkan video dan gambar dgn berhenti dikawasan yg agak landai.
VIEW DARI BAHG. PERTENGAHAN BUKIT

Destinasi seterusnya ialah ke Doi Fa Tang Viewpoint...memang tinggi untuk sampai,saya ttp mencuba untuk sampai ke situ tp bila saya tiba disitu pembentukkan kabus terlalu tebal menutupi keseluruhan kawasan tersebut disamping rintik hujan menyebabkan saya tidak dapat mengambil gambar diatas sana.
VIEW PUNCAK DI PHU CHI FA


VIEW KABUS DI PHI CHI FA

Kawasan disini ibarat kawasan pertanian di Cameron Highland,cuma disini lebih tinggi dan menarik serta tidak sesak.Ketika diatas..hujan masih turun,hingga pada suatu ketika saya rasa seperti terpaksa untuk mencari sebuah resort untuk bermalam disitu.Oleh kerana merasakan masih awal serta langit masih kelihatan saya terus menerokai sekitar jalan yg ada di pinggiran bukit dikawasan itu sehinggala satu ketika saya merasa panik apabila mula memasuki bahagian jalan agak sempit dan  tidak berkenderaan dan ditutupi kiri-kanan dengan pepohon..apa lagi saya terpaksa melajukan tunggangan saya sbb tidak tahu berapa jauh saya akan berada dalam situasi jalan sebegitu,khuatir tidak sempat sampai kemana lokasi utk bermalam sedangkan keadaan sekeliling semakin suram,akhirnya saya baru tahu bahawa tadi saya sedang melalui kawasan hutan simpan.apabila terjumpa kawasan perkelahan air terjun dibahagian bawah,Saya teruskan perjalanan saya sehinggalah saya berjumpa akhirnya kawasan penempatan penduduk yg agak jauh dari kawasan perkelahan air terjun tadi.
Oleh kerana belom pernah melalui kawasan tersebut,saya jadi keliru samada hendak ke Chiang kham atau ke Phayoa.
Akhirnya saya buat ke putusan ke Phaya,lebih kurang jaraknya dari simpang antara keduanya kira-kira 30km utk tiba.Oleh kerana suasana malam telah tiba,saya terpaksa menunggang dengan agak perlahan,semakin jauh semakin tiada penempatan disepanjang perjalanan saya nak ke Phayao.Saya mula cemas..akhirnya saya membelok ke kanan disatu persimpangan yg saya jumpa,tp sayang bila saya terpandang pada signboard ia menunjukkan jalan itu utk ke Phu chi Fa..untuk apa saya kesana lagi sedangkan saya baru turun dari sana...akhirnya saya berhenti bertanya disebuah kedai,dan disuruh saya berpatah balik ke Chiang kham,dimana disana terdapat banyak penginapan g/house.
Saya terpaksa berpatah balik utk ke Chiang kham lebih kurang 40km lagi..aduh! sudah la penat..silap jalan pulak..mmg tension betul ketika itu.
Sambil menyusuri jalan ke Chiang kham,saya bermain dgn perasaan sendiri sehinggala terdetik dihati utk tidur dimana-mana sahaja yg boleh
akhirnya saya tiba di sebuah stesen minyak yg ada 7-11,dari situ saya search goggle utk dapatkan g/house di Chiang Kham.
Pada hari tersebut saya tiba di penginapan Chiang kham guesthouse yg kadar sewanya hanya 250tb pada jam 10.00mlm.
VIEW BILIK RM25
VIEW BAHG.DEPAN KE G/OUSE
.dan ia merupa tempoh yg paling lama saya berada diatas jalan raya.

Hari yg amat meletihkan..utk hari pertama di bumi Thailand.

4 comments:

  1. Ok tak pa nnt sy edit :)
    Klau guna PC label ada di kotak belah kanan atas semasa kita tulis artikel.
    Klau guna blogger apps selepas tajuk.
    Cth Label : Thailand , Laos , Cambodia , Vietnam, Malaysia,World
    Kalau artiket kaitan dgn dua negara
    Cth : Thailand,Laos

    BalasPadam