Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Touring Semenanjung Kenali Sejarah Batu Bersurat

Touring Semenanjung Kenali Sejarah Batu Bersurat

Saya berkesempatan melawat Lokasi Asal tempat dijumpai batu bersurat baru bari ini..12 April 2018

Mengikut cerita yang saya dengar dari bwberapa orang tempatan disini orang yang menulis batu itu adalah Sharif Muhammad Al Baghdadi (Wali) dan saya sempat berkunjung ke makam beliau di sebuah pulau dan sy dibawa menggunakan bot oleh abang Dol Jenagor yg bertanggung jwb bawa orang yg nk ke pulau tersebut.

Di pulau itu ada byk kubur lama dan disinilah bersemadinya kubur Sharif Muhammad Al Baghdadi..


Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawipertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala BerangHulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada berpendapat 1899)[2].

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.[3][4]

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernamaSayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala BerangHulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islamsudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

#Sumber Wikipedia..

0 comments:

Catat Ulasan