Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 6

Solo ride himalaya Azman Ali siri 6

Siri 6 soloride Himalaya
( teruja 1st time tengok salji )

Hujan sekejap lebat sekejap perlahan dan yang paling aku tak boleh tahan adalah anginnya. Bagai dicucuk-cucuk sendi tambahan pula tangan aku biasa patah akibat kemalangan zaman rempit dulu. Beberapa kali aku berhenti dan pengang enjin motor supaya dapat panaskan tangan dan redakan kesakitan. Jalan pula semakin teruk banyak tanah runtuh, jadi kebanyakan kenderaan berat seperti lori dan bas akan sangkut dalam lumpur. Laluan pula agak sempit sebab sebelah kanannya jurang @ gaung mahu tak mahu kena beratur juga. Bagi mereka yang duduk dalam kereta tak ada masalah la,siap ambil video aku.. kita kat luar ni yang azab kena angin.

Tak sanggup aku nak beratur lagi terpaksa potong juga barisan lori2 dan bas itu sehingga terpaksa ambil risiko jalan tepi jurang yang dalam. Alfishahrin  dah pesan kat aku sebelum berangkat lagi.. "bang jangan lupa beli kasut pua cu kang tu"..hmm.. lupa😃. Perasan juga rider sana pakai kasut tu saja. Masa tu mental sedikit down.. biasalah dah letih dan lapar. Aku sendiri yang mahu.. kan nak adventure haha..

Akhirnya aku melepasi zon jalan syaiton tu. Sampai satu kawasan view point aku berhenti untuk cas surya sebatang..sejuk2 ni rokok surya memang enak sekali hehe. Perasan aku ada budak2 muda konvoi 2 buah kereta sedang repair apa tah sebab bonet terangkat. Sejak lepas manali lagi tiada signal henpon. Kalau on pun hanya boleh baca meseg2 yang tak sempat baca atau pun tengok balik gambar yang dah aku snap sebelum ni. Biasalah tu kan tangan jenis tak lepas dengan gajet.. hambik kau.
Tiba2 ada sorang mamat tegur aku nak minta petrol sikit nak umpan kereta dia yang takleh start. Kan aku bawa minyak botol.. ambik je lah... lepas kereta dia hidup kami mula menyembang.. teruja aku awan yang tebal tiba berarak pergi sehingga nampak jelas salji dipuncak bukit berhadapan dengan aku. Tak jauh mana pun.. tu la 1st time tengok dari dekat.. sebelum ni tengok dalam flight adalah lah sekali masa pi paris dulu.Mamat tu pun perasan dengan sikap aku agak jakun waktu tu dia pun mengoffer untuk ambil gambar aku..haha.. baru nak rancak sembang tiba2 hujan turun dengan lebatnya kamipun cepat2 shake hand dan blah.

Beberapa km kemudian aku sampai satu pekan kecil time tu angin agak kuat sampai senget pokok rhu. Terperasan hanya aku sorang riding.. mana pi habih ke cuaca macam ni orang tak riding😃😃.

Bersambung siri 7 (bermalam di Keylong)

0 comments:

Catat Ulasan