Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 1

Solo ride himalaya Azman Ali siri 1

Soloride Himalaya siri 1
( Dilarang checkin hotel bajet)

  Tepat jam 10 malam waktu Malaysia aku selamat mendarat di Delhi. Setelah sampai di Hotel arif dan hasif telah menunggu dan kami keluar makan malam bersama di Jamal Masjid. Aku ringkaskan cerita day 1 ni sebab dah post sebelum ni.
Day 2.
Arif call aku bagitu yang jam 11 pagi dia akan jemput dan bawa aku bersiar2 sekitar delhi terutama kawasan kedai motor yang jual part new bike dan sebagainya. Terkejut aku dengan kawasan perniagaan yang semuanya kedai motor hampir sebesar pekan Butterworth. Segala mak nenek ada kata orang utara. Hujan yang turun tak henti2 melambatkan perjalanan aku. Sepatutnya aku dah boleh ambil motor dan terus gerak ke chandigarh.

Lebih kurang pukul 5 petang baru kami keluar dari Delhi, saja aku minta mereka tunjuk jalan sebab dah lewat. Aku tak mahu buang masa mencari jalan keluar kota Delhi sebab perjalanan kesana agak jauh ( 250km) dah tu tak boleh laju walaupun highway, sebab tabiat orang india atas jalanraya ni agak kurang disiplin. Sepanjang jalan hujan Kadang-kadang lebat kadang-kadang perlahan hinggalah pukul 10 malam baru aku sampai ke pekan Chandigarh. Aku call imran dan maklumkan kedudukan aku lepas tu dia wasap lokasi hotel. Bila sampai aku tak boleh nak register sebab kata mereka hotel budget hanya untuk orang india saja.. perghhh dah la letih.. Hotel memang banyak area tu tapi semua yang aku tanya bagi jawapan sama. Jadi aku keluar dari kawasan tu cari hotel yang lebih besar. Maka dapatlah Landmark Hotel tepi round about ,  sekali tanya ja dapat bilik terus sebab mahal sikit. Dalam rm100 duit kita, hotelnya cantik dan luas. So ini adalah satu pengajaran jangan bayangkan seperti riding kita sebelum ni sebebelah Indochina segalanya mudah dan murah. Akibat keletihan melampau aku terlelap dengan sendirinya.

Bersambung... siri ke 2.. ( bergelumang dgn taik lembu)

0 comments:

Catat Ulasan