Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 10

Solo ride himalaya Azman Ali siri 10

Siri 10 (makcik tibet)

Selelah melepasi daerah Jispa dengan suhu sekitar 4 -6°c cuaca mulai panas.. panas cara sana lah tapi masih lagi kurang 10°c. Layan view semahunya diasini tak ada perkataan layan view sampai muntah hehe. Sekali sekala selisih dengan lori juga kekadang aku yang memotong kalau dah tahap kura2 lajunya.

Keadaan jalan pula semakin mendaki terasa seakan penat pernafasan aku. Baru teringat pesan dokor, pil ams ( altitude sikness ) kena makan  sehingga ketinggian 10000ft. Makin lama makin penat. Hmm dah la aku ada asma.. ada kena mengena ke. Layan je lah jangan fikir sangat.. akhirnya aku sampai di kawasan bersalji.. terperasan ada beberapa rider dan sebuah kereta berhenti untuk bergambar.

Patutlah ada batu tanda Baralachala 4850 meter. Singgah juga lah aku pun dah 1st time jumpa snow, walaupun penat hap hap..😃. Sempat juga aku bertanya khabar dengan rider2 yang singgah situ. Semuanya 1 group dari Pang. Mereka juga pesan isi petrol siap2 nanti hang tak jumpa petrol pam dah sampai pekan Leh.

Perjalanan diteruskan view pula semakin berubah walau sama berbatu tapi warna pada tanah didinding bukit berlainan. Sungai2 juga sudah kering hanya baki2 air kesan cairan salji. Kasut aku yang masih lembab memang tak selesa sentiasa mengganggu pergerakan bila angin kuat.

Sebelum sampai daerah  pang aku dah tak boleh tahan lagi,jumpa port sesuai kena berhenti. Kebetulan ternampak khemah di tengah-tengah gurun ada bikers dan lori berhenti..sini sajalah. Khemah tu kedai makan kaum Hunza, rupa paras mereka macam orang tibet, mungkin satu kaum agaknya. Mereka dikatakan penduduk asal daerah Himalaya ini. Kalau dalam bahasa sanskrit Himalaya ( tempat kediaman salji). (Him) bermaksud salji (alayaa) pula bermaksud rumah. Mereka fasih berbahasa hindi dan sesetengah boleh berbahasa inggeris.

Dalam khemah2 ni terdapat tempat duduk seakan katil kiranya kat situ boleh makan dan tidur. Mereka dah siapkan selimut semua.. tak salah kalau nak tidur kata seorang bikers dari Bombay yang kebetulan berhenti untuk minum. Dalam khemah itu juga ada seakan dapur besar.. mungkin macam sauna agaknya. kiranya suhu dalam khemah tu stabil tak sejuk sangat dan api kat dapur tu sentiasa menyala. Akupun cerita la tentang riding kemarin kasut basah dan tak tahan sejuk, jadi bikers tu kata you kena pakai kasut getah dan bla bla bla.. ok lah bro.

Makcik2 tibet tokey kedai tadi macam berminat nak tahu tentang aku jadi bikers Bombay tu pun cerita la aku soloride asal dari malaysia kasut pula basah.. time tu memang aku dah berkaki ayam.. mereka pun terus selongkar kat dapur cari plastik untuk aku.. bila dah dapat tu aku pakai stoking kering pastu plastik dan baru pakai kasut... haaaaaa ni baru lega.

Sebelum rider Bombay yang menunggang Bullet 500 tu blah dia telah berbesar hati belanja aku minum.. tq sir..

Bersambung selepas event nazirukuk camfire

Siri 11 (dunia baru)

.

0 comments:

Catat Ulasan