Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 5

Solo ride himalaya Azman Ali siri 5

Siri 5 soloride Himalaya
(Di tahan inspector sahab)

Selesai tukar bearing dan topup minyak enjin aku pun sambung kembali riding.. kos repair tadi dalam rm30- 50 tak berapa ingat sangat tapi tak lebih rm50. Tak boleh nak laju sangat sebab aku memang teruja dengan view yang sangat berbeza dengan riding2 Indochina sebelum ini. Jalan kejap berenti ambil gambar. Sampai satu kawasan tu aku nampak banyak lori beratur jem apa tah aku terus potong.

Tiba2 aku perasan ada orang jerit panggil aku.. ehh polis la. Aku patah balik rupanya ada post kawalan. Nasib tak kena pau ka apa ka.. kalau tidak naya. Kiranya ini 1st enterance highway Manali - Leh. Nasib aku tak blah kalau tidak mesti post seterusnya kata aku curi masuk. Masa nak sign pada form kat post tu, ternampak  nama aku dah memang ada dalam senarai depa.. kiranya depa memang tau pergerakan kita dan di mana kita berada pada satu2 masa.

Ok sambung semula riding sampai satu kawasan view point  ada seorang rider dari selatan india datang tegur aku dan dia amat teruja bila dapat tahu yang aku menunggang secara solo di Himalaya ni. Sambil bertukar cerita kami pun bergambar. Bila turn aku dia sound pegang la bendera negara awak tu.. hahaa.. bukan tak mau pegang.. ingat nak bergaya kat puncak nanti😅

Pejalanan seterusnya melalui jalan bengkang bengkok , koner u koner s semua ada hingga ke puncak sebelum  rahala waterfall. Tapi anda jangan bayang nak meleper pula. Jalan sempit oi dengan driver lori agak ganas dan jurang amat dalam.. silap haribulan yaapur salam.

Keadaan mukabumi pula semakin berbatu dan kurang sangat pokok mahupun rumput suhu pula sekitar 5 hingga 10 darjah celcius. Fuu sejuk..  sampai satu kawasan tu macam rnr. Ramai orang berhenti rest kat puncak situ. Rnr tu bumbung plastik biru saja.. tak ada mewah macam kita.  Kebanyakan orang disitu pula muka macam orang tibet, dah memang area dia kot. Pekena 2 cawan teh o panas.. 1 tak cukup.. cawan kecik tet. Tiba2 angin datang dengan begitu kuat beserta awan tebal, tak boleh jadi ni nak kena blah. Time tu kena buka lampu.. memang tak nampak langsung depan. Selepas 1km cuaca elok pulak dah

Banyak tempat lagi aku berhenti.. tak dapat aku nak cerita semua..Butang shutter gopro aku tak henti2 ditekan. Selepas beberapa jam perjalanan hujan mulai turun dari rintik2 hinggalah selebat2nya. Allah kuatnya dugaan untuk manusia yang hidup di negara khatulitiwa ni. Ketika itu suhu pada jam tangan aku menunjukan -1. Glove dan kasut aku lencun dan Jari tangan dan kaki bukan lagi sejuk tapi dah tahap sakit. Camana nak ride ke nak stop.. mana ada rumah orang area situ....

Bersambung. .

Siri 6 ( teruja nampak salji)

0 comments:

Catat Ulasan