Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 14

Solo ride himalaya Azman Ali siri 14

Siri 13 soloride Himalaya
( meredah salji )

Aku membayangkan bermalam di Leh ni mesti dalam kesejukan  berbanding keylong kemarin tetapi ia tidak seteruk yang aku sangka. Sejak memasuki upshi lagi cuaca sekitar 10 hingga 15°c sahaja so bila dah kena teruk kemarin cuaca macam ni kira ok lah kan. Namun mandi keharam 😂.

Paginya selepas bersarapan aku bagitau pihak hotel yang aku akan letak beg sebab aku cuma nak ke Khardungla top dan patah balik semula. Tak jauh sangat pun kalau tengok dalam map dari pekan leh, lagipun petrol aku dah isi full semalam jadi aku boleh bergerak awal.

Suasana pagi disini macam biasa saja anda akan bertemu dengan penduduk dengan aktiviti harian mereka rata2 bekerja construction tak perasan pula ada petani ke tidak kat sini sebab tanahnya hanya batu. Rasanya  mungkin dah menuai kot sebab aku sampai ni pun dah penghujung musim panas.

Bila masuk laluan mendaki cuaca semakin sejuk dan dah mula nampak putih2 dipermukaan tanah.. salji le tu. Bila sampai pos kawalan gate ditutup hanya kereta saja dibenarkan masuk. Aku yang tak paham apa satu dah mula gelabah terus aku masuk pejabat inspector sahab dan merayu minta dia lepas.  Puas dia terang baru aku faham rupanya bukan dia tak bagi masuk dia kata bahaya jangan dok gagah masuk, moto hang mana boleh bawa dalam salji.

"Jadi bila saya boleh masuk inspector sahab."?. hang tunggu salji cayaq katanya. Dia panggil aku masuk dalam ofis rehat lagipun kat luar sejuk sangat. Punya baiknya dia siap bancuh teh dan pelawa aku makan roti lagi. Pejabat tu dah macam rumah dia siap ada dapur bagai.

Sementara tu aku ronda2 area situ ambil gambar dan main salji dengan kaldai.. maklumlah orang kampung.. jakun tak pernah tengok salji, kalau rumah salji kat genting adalah pegi hehe. Tiba2 inspector sahab tu panggil aku dia kata kalau hang nak pi juga tumpang depa ni. Kebetulan masa tu ada sebuah jeep dari syarikat telco depa nak pi nubra valley repair apa tah dah 2 hari tak da internet katanya. Bab moto hang tok sah risau abam ada sini boleh tengok tengokan. Tq mr sahab.

Aku pun tumpang la jeep hamba allah tu.. mula2 ok sebab jalan tar tapi bila masuk offroad mula goyang sakan. Dan bila masuk kawasan salji mula melongsor merata arah.. ishh menyesal aku tumpang. Driver tu memang gila2 bawa.. mungkin bagi aku gila  tapi dia ok ja. Kawan sebelah tu kata hang jangan risau ni laluan kami hari2.. aku rasa macam nak terjun turun pun ada. Mau tak turun ada sekali tu jeep tu sipi2 nak jatuh gaung.. pengalaman menyeramkan bagi aku.

Bila menghampiri puncak banyak kenderaan sangkut ada lori dan kereta beratur panjang sebab lori didepan tak boleh jalan. Driver ni serius rajin 3 4 kali turun tolak kenderaan depan dan lari datang balik ambil jeep. Aku yang mula penat dah tak berdaya nak tolong. Redah juga salji pelan2 jalan untuk sampai ke puncak..

Bersambung

Siri 15 ( hari kejayaan)

0 comments:

Catat Ulasan