Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 13

Solo ride himalaya Azman Ali siri 13

Siri 13 soloride Himalaya
(Bermalam di Leh)

Apabila melintasi jambatan bermakna aku dah masuk daerah Upshi dan ada tol kat situ.. tak ingat sangat berapa duit kena tapi dalam 2 3 ringgit macam tu la dan disitu ada pos kawalan untuk mereka check permit memasuki daerah Leh. Tak ada masalah apa disitu walau ada yang kata moto sewa tak boleh masuk. Mungkin juga moto sewa depa kenal agaknya.Motor yang aku bawa ni pula tak ada apa2 stiker sebab motor kawan dan register  nombor pendaftaran  Delhi.

Selesai disitu dah pukul 6 petang, baki perjalanan  ada lagi dalam 30km untuk sampai pekan Leh.  Sepanjang jalan ini banyak kem tentera dan kita boleh tengok jelas didalam kem askar sebab hanya pagar jaring. Jalan pula semakin sesak sebab orang balik kerja dan budak sekolah pun balik pada masa yang sama.

Area sini terdapat banyak wat buddha dan semuanya warna putih tapi binaan agak cincai tak ada seni macam belah Indochina. Bukan sikit sepanjang jalan ada ja wat maknanya penduduk sini ramai penganut buddha apa nak hairan penduduk pun rata2 orang tibet.

Dengan keluasan 45,110km persegi ia adalah daerah kedua terbesar di negara ini selepas Kutch, Gujarat. Dari segi kawasan ia dibatasi diutara oleh daerah Gilgit Baltistan, dan sempadan kecil dengan Xinjiang China melalui pas karakoram.

Apabila memasuki pekan anda akan jumpa roundabout dan disitu ada petrol pam so isi siap-siap.. awai tak kalut 😃.  Serius aku main belasah saja cari pusat bandar. Hotel pertama agak mahal jadi aku tanya jaga situ kat mana hotel murah.. dia jawap pi pekan. Oo salah tempat la. Setelah meredah lorong sana sini jumpa juga pusat bandar dan dapatlah hotel sekitar rm60 siap breakfast katanya.

Pekerja hotel tu tanya aku nak minum apa akupun jawap teh panas dan bila dia sampai aku dan siap register. Aku kata hantar kat bilik. Dibilik dia bagitau lagi nak apa-apa call lobby dan dia akan segera. Dalam hati aku kata bagusnya hotel ni. Dah tu ada wifi boleh guna walau nyawa2 ikan at least family kat Malaysia tau keadaan aku.

Setelah solat dan pekena megi 2 bungkus aku pun keluar jalan2 di pusat bandar , tak jauh mana pun dalam 7 minit tapi mendaki. Sepanjang jalan ada saja peniaga panggil beli itu ini. Malam tu ada konsert kat pusat bandar depa.. rata2 anak muda tibet. Aku pun layan sat.. masa nak balik baru perasan ada masjid. Laa kalau tau baik mai tanya orang kat sini pun dah boleh dapat kedai makan halal.. takpa lah tak ada rezeki..  dalam perjalanan balik tu aku singgah la beli kismis dan kacang... macam orang balik mekah dok bagi kita tu..

Bersambung

Siri 14 ( meredah salji)

0 comments:

Catat Ulasan