Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 12

Solo ride himalaya Azman Ali siri 12

Siri 12 soloride Himalaya
(Bukit berwarna )


Selepas selesai tukar kabel klac aku meneruskan perjalanan lagi menghala pekan pang. Sebelum memasuki pekan pang terdapat sebuah sungai yang sedikit airnya tapi cantik lanskapnya dan lokasinya sangat sesuai untuk camping. Ya memang sesuai pun kebetulan tenampak sebuah caravan mat saleh park tepi sungai tu. Akupun singgah lah.. sajalah nak menyembang tapi ada sorang rider india tengah rancak berborak sehinggakan soalan aku pun tak dapat dibalas. Tak mau buang masa disitu aku pun blah, tak sampai 200 meter ada stesyen petrol.. yang ni kot stesyen depa kata yang terakhir hingga Leh baru jumpa.. jadi aku isi full.

Motor Royal Enfield ni save ya amat macam tak luak minyak dalam tank. Rasa aku lah satu tangki tu lepas kot dari manali ke Leh. Area ni macam ada construction korek sana sini sampai tak kenai yang mana satu jalan.. aku hanya follow kenderaan depan aku. Nasib baik dia tak pi kelain kalau tidak naya ja..hehe.

Bila cross jambatan besi aku tau ni mesti masuk daerah lain sepanjang jalan macam tu lah aku dok jumpa. Pekan pang ni ada sebuah saja kedai pomen.. ramai raider dok kerumun kedai tu..dah yang tu saja ada. Tepi2 kedai tu adalah kedai makan dan minum.. brasan ada kedai tuak satu sebab ramai pekerja lepak situ tengok mata merah semacam ja. Tak lama aku disitu hanya sempat  pam sebatang surya aku pun beredar.

Selepas daerah pang aku melalui satu dataran sangat luas seakan gurun. Oleh kerana agak pelik bagi aku jadi aku pun berhenti untuk bergambar.  Beralih kiri kanan depan belakang saujana mata memandang hanya aku sorang. Nak kencing pun tak perlu risau tak ada sapa pun lalu masa tu.  Angin kuat sangat hinggakan video yang aku rakam pun tak ketahuan suara. Sambil tu sempat aku pekena roti kering dan mineral untuk alas perut.. nasi dah 3 4 hari tak jumpa.

Seterusnya aku melalui laluan mendaki tapi mendaki depa tak macam kita.. bawa tak rasa tau tau dah atas bukit. Rasanya sebab kawasan bersalji kalau curam macam kita alamat lepas dalam gaung lah lori depa. Keadaan  semakin gelap seakan nak hujan beserta angin kuat dan pernafasan pula tersekat sekat.  Aku tau kalau penat ni mesti lebih 10000 kaki.

Ya aku di puncak gunung Talang La pass , ia dikatakan laluan kenderaan  kedua tertinggi di dunia walaupun ada yang menafikannya. 17,480 kaki bersamaan 5,238 meter tingginya. Ini adalah antara laluan tertinggi di daerah Jammu and kashmir. Ikutkan hati aku tak mau berhenti sebab sejuk sangat dan angin kuat tapi salji tak banyak pulak macam Barachalacha tadi.

Apabila meninggalkan kawasan pergunungngan tadi cuaca mulai cerah walaupun hari dah petang. Laluan pula di lereng lereng sungai sungguh nyaman dan damai area tu. Yang peliknya bukit bukit area sini warna lain-lain ada biru hijau dan merah. Menakjubkan bagi orang kampung macam aku ni. Layan riding slow slow sambil tengok kampung orang sini.. seronok tengok bumbung rumah mereka semua ada jerami, mungkin gunanya masa musim salji nanti untuk kawal suhu dalam rumah.

Sedang asyik melayan view sedar sedar aku dah sampai daerah Upshi.. maknanya tak jauh dah pekan Leh yang terkenal tu.

Bersambung

Siri 13 (bermalam di Leh)

0 comments:

Catat Ulasan