Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia
ATM
Home » » Solo ride himalaya Azman Ali siri 11

Solo ride himalaya Azman Ali siri 11

Siri 11 soloride Himalaya

(Dunia baru)

Setelah kaki aku berbalut plastik yang diberi oleh makcik tibet tadi barulah rasa nyaman dan selesa pergerakan aku. Perjalanan diteruskan alam sekeliling seakan  dunia baru bagi aku sebab berbeza sangat dari satu daerah ke satu daerah.

Apabila memasuki daerah Sarchu cuaca amat dingin sekali, nak kata pekan bukan pekan tapi keperluan asas tu ada. Banyak terdapat khemah-khemah yang menggantikan hotel untuk travellers singgah bermalam, juga kedai2 teh untuk pengguna highway berhenti berehat.. kiranya sama macam aku berenti tadi ada katil semua. Sarchu juga dikenali sebagai Sir Bhum Chun, ia dalah sempadan 2 negeri di India iaitu Himachal Pradesh dan Jammu Kashmir. Ketinggianya pula ialah 4290 meter dari aras laut.  Aku tak berniat nak berhenti jadi tak tau harga khemah semalam berapa duit. Teringat cerita adimz yang mengatakan sebelah malam suhu boleh turun hingga -8. Sejuk man oii nak tidur susah.. so tak payah berhentilah lagipun masih awal.

Laluan Highway manali-leh kalau area sini hanya daerah sarchu dan pang sahaja yang ada kemudahan ini. Tang lain hanya ketoi batu saja.. so jangan salah bajet masa lagipun jarak antara kedua dua daerah ni 73km. Jangan buat main sebab nak dapat 50km pun makan masa.

Setelah meredah laluan gunung ganang untuk beberapa jam aku mula memasuki jalan offroad. Jadi kawasan ni banyak main gear dan guna klac. Tiba2 kabel klac pula putus.. haa.. pii.. spanar sebatang pun tak bawa. Kepala otak serta merta ligat berfikir apa aku nak buat tengah gunung ni. Terperasan tak jauh dari aku ada sebuah lori yang sarat dengan muatan berhenti. Berenti kencing ka rosak tak tau lah. Kabel vespa memang aku ada spare untuk kes emergency macam ni tapi spanar tak da tak jadi juga. Akupun tawakal pergi kearah lori tadi kot2 boleh dapat bantuan.

Ada sorang brader hindustan tidur bawah lori.. setelah aku cerita masalah aku, dia pun bersetuju untuk tolong. Alhamdulillah. .dia siap nak tolong repair lagi.. aku kata takpa aku boleh buat sendiri. Selesai repair aku nak bagi duit dia tak mau. Dia kata di kawasan gunung ni kita macam keluarga tak ada sapa nak tolong kecuali sesama kita. Teringat aku pagi tadi ada seorang gembala kambing tahan nak tumpang aku tak berenti.. rasa bersalah ya amat. Setelah bersalaman dan ucap terima kasih aku mohon beredar.

Bersambung. .

Siri 12 ( bukit berwarna)

0 comments:

Catat Ulasan